Pindah ke Nusantara dalam tiga peringkat

KALIMANTAN TIMUR: Penjawat awam akan dipindahkan ke pusat pentadbiran baharu Indonesia di Nusantara Kalimantan Timur dalam tiga peringkat berdasarkan keutamaan.

Menteri Pemerkasaan Aparatur Negara dan Reformasi Birokrasi, Abdullah Azwar Anas, berkata proses perpindahan 32,937 orang itu berlangsung sehingga 2029.

Beliau berkata, kerajaan juga telah menyediakan beberapa rancangan untuk memenuhi keperluan penjawat awam di ibu negara baharu itu termasuk pengambilan baharu khususnya dari Kalimantan Timur.

“Kita akan beri kuota khas untuk calon tempatan,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Kementerian Kerja Raya dan Perumahan Awam (PUPR) menyatakan pembinaan 47 bangunan kediaman bertingkat untuk ASN akan siap menjelang akhir tahun ini.

Dua belas daripada bangunan itu dijangka siap digunakan pada September ini.

(Jokowi ketika melawat projek pembangunan Nusantara akhir tahun lepas)

Related posts

Leave a Comment