Umat Islam Malaysia sambut Aidilfitri esok

KUALA LUMPUR 9 April –  Masyarakat Islam di seluruh Malaysia akan menyambut Aidilfitri esok, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Syed Danial Syed Ahmad malam ini. Pengumuman itu dibuat selepas aktiviti cerapan anak bulan dilaksanakan di 29 lokasi di seluruh negara, petang tadi. “Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh hari raya puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Rabu, 10 April 2024,” katanya.…

Read More

5 anggotai Sekretariat Pejabat Presiden

SEPANG 9 April – Lima pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilantik sebagai anggota Sekretariat Pejabat Presiden parti itu, yang ditubuhkan semalam, kata Presidennya Anwar Ibrahim. Dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi akaun Facebook parti itu, Anwar memaklumkan sekretariat itu, dianggotai Datuk Romli Ishak sebagai Setiausaha Politik Kanan Pejabat Presiden dan juga koordinator sekretariat. Katanya, Onn Abu Bakar, Sim Tze Tzin, Manivanan Gowin dan Juwairiya Zulkifli, pula masing-masing dilantik sebagai Setiausaha Politik Pejabat Presiden di mana Juwairiya juga dilantik sebagai setiausaha sekretariat. “Sekretariat Pejabat Presiden diamanahkan untuk memartabatkan dan memperkasakan…

Read More

3 premis diarah tutup, 1,639 notis kompaun

PUTRAJAYA 9 April – Tiga premis makanan diarah tutup, dan 1,639 notis kompaun bernilai RM163,900 dikeluarkan sepanjang tempoh Operasi Kebersihan dan Keselamatan Makanan di Bazar Ramadan 2024 dari 12 Mac hingga 5 April lalu. Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan memberitahu, notis kompaun bawah Seksyen 32B Akta Makanan 1983 itu telah dikeluarkan kepada pemilik premis, wakil premis dan pengendali makanan atas pelbagai jenis kesalahan. Antara kesalahan yang dikesan ialah tidak menjalani latihan pengendali makanan, tiada suntikan antitifoid, dan pakaian pengendali makanan tidak mematuhi keperluan Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009Operasi itu dilancarkan…

Read More

Pemimpin politik jangan ekstrim – Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR 9 April – Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menjunjung titah di atas nasihat Sultan Ibrahim untuk menjaga keharmonian negara dan memelihara kesucian agama Islam agar polemik yang berlaku dapat diredakan. Exco Kerajaan Negeri Melaka itu memberitahu demikian selepas dititah menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini. Turut sama Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan dan Ketua Menteri yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Melaka,  Rauf Ab Yusoh. “Saya menjunjung titah di atas nasihat KDYMM Yang di-Pertuan Agong untuk menjaga keharmonian negara dan memelihara kesucian agama…

Read More

228,760 ruang solat Aidilfitri di Singapura

SINGAPURA 9 April – Bagi menampung keperluan jemaah pada Hari Raya Aidilfitri ini, lapan daripada 68 masjid akan mengadakan tiga sesi solat hari raya sekaligus menyediakan 228,760 ruang kepada masyarakat Islam. Lapan masjid itu, Masjid Khadijah! Masjid Al-Mawaddah! Masjid Haji Mohd Salleh(Geylang), Masjid Abdul Gafoor! Masjid Angullia, Masjid Al-Khair! Masjid Ar-Raudhah dan Masjid Assyakirin. Solat Aidilfitri sesi pertama akan bermula pada pukul 7.20 pagi diikuti 8.45 pagi dan 9.45 pagi. Menurut Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), sebanyak 41 masjid pula menyediakan dua sesi solat iaitu 7.20 pagi dan 8.45 pagi…

Read More

2.5 juta berhimpun di Masjidilharam

MAKKAH: Lebih 2.5 juta jemaah berhimpun di Masjidilharam di Makkah untuk mendirikan solat Isyak dan tarawih pada malam ke-29 Ramadan, di samping menghadiri majlis khatam al-Quran. Masjidilharam dibanjiri dengan orang ramai sejak tengah malam, ketika para jemaah menunaikan solat yang dimamkan Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais yang turut memanjatkan doa agar Allah mengampunkan dan melindungi semua umat Islam. Sementara itu, Masjid Nabawi turut menyaksikan berlangsungnya majlis khatam al-Quran semasa solat tarawih yang dimamkan Sheikh Salah Al-Budair Pihak Berkuasa Am membuat persiapan rapi untuk memastikan kemudahan kemasukan jemaah, di samping keselamatan dan…

Read More

Israel sudah ada tarikh serang Rafah

BAITULMAQDIS: Israel telah menetapkan satu tarikh untuk melancarkan serangan darat ke atas Rafah, di mana kira-kira 1.5 juta penduduk Gaza berlindung di bandar itu, yang masih belum berdepan serangan darat berskala besar. Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, bagaimana pun tidak menyatakan bila pencerobohan akan berlaku tetapi pemimpin itu mengulangi kenyataan, kemenangan ke atas Hamas memerlukan serangan ke Rafah. Israel mendakwa Rafah antara kubu terakhir Hamas di Gaza. “Ia akan berlaku – ada tarikhnya,” katanya dalam satu kenyataan video  ketika perbincangan di Kaherah mengenai gencatan senjata Gaza dan perjanjian tebusan yang…

Read More

ICJ dengar dakwaan Nicaragua terhadap Jerman

THE HAGUE – Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memulakan pendengaran mengenai kes dibawa Nicaragua yang mendakwa Berlin memudah cara genosid di Gaza dengan menyediakan sokongan politik dan ketenteraan kepada Israel. Duta Nicaragua Carlos Jose Arguello Gomez berkata negaranya meminta supaya mahkamah mengarahkan Jerman supaya menghentikan sokongan kepada serangan Israel di Gaza. Katanya , kes itu melibatkan peristiwa yang menjejaskan kehidupan dan kesejahteraan ratusan ribu manusia dan malah kemusnahan keseluruhan warga wilayah berkenaan. “Pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan norma mesti dipatuhi dalam undang-undang antarabangsa termasuk genosid sedang berlaku di Palestin,” katanya. Duta…

Read More