140 ketua bahagian mahu tiada pertandingan

KUALA LUMPUR 11 Jan. – Ketika pelbagai spekulasi mengenai pemilihan UMNO yang perlu diadakan sebelum pertengahan tahun ini, seramai 140 ketua UMNO bahagian tampil menyokong agar dua jawatan utama parti tidak dipertandingkan. Pengerusi Solidariti Ketua-Ketua Bahagian UMNO, Dr Mohd Shafie Abdullah, berkata ia sebagai persediaan menghadapi enam Pilihan Raya Negeri (PRN), sekali gus memerlukan solidariti semua pihak bagi menyokong kepemimpinan Dr Ahmad Zahid Hamidi. “Semua 140 ketua bahagian ini sebulat suara menyokong dua jawatan utama UMNO tidak perlu dipertandingkan, selain berharap Ahmad Zahid dapat menerima pandangan kami ini,” katanya yang…

Read More

Bangunkan semula keyakinan orang Melayu

KUALA LUMPUR 11 Jan. – UMNO mesti melupakan nafsu untuk berkuasa dengan kuasa yang besar kerana parti itu ketika ini hanya ada satu pilihan, iaitu membangunkan semula keyakinan orang Melayu terhadapnya. Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan berkata! UMNO perlu mendapatkan semula keyakinan orang Melayu untuk menjadi wadah gerakan politik, amal dan bakti untuk bangsa berkenaan. “Kerana itu, UMNO menyertai kerajaan dengan telus, mengikut lunas-lunas perlembagaan. Iltizam UMNO ialah untuk menyuburkan demokrasi Malaysia dengan mengukuhkan sistem kerajaan, yang inklusif dan politik berprinsip. Rakyat Malaysia telah memilih,” katanya. Beliau berkata demikian ketika…

Read More

Lima alasan kewajaran UMNO sertai Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR 11 Jan. – UMNO memilih untuk menyertai Kerajaan Perpaduan kerana mahu membawa negara keluar daripada kemelut pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan. Sambil menggariskan lima alasan penyertaan itu, Mohamad menjelaskan perkara itu adalah misi utama UMNO pada waktu itu dan parti menerima kenyataan bahawa parti sudah kalah. Katanya, kepemimpinan UMNO berpandangan bahawa penyertaan parti itu dalam Kerajaan Perpaduan adalah jalan terbaik kerana memberikan UMNO peranan yang unik dan strategik. Beliau menegaskan, perkara asasnya penyertaan itu bukan bermakna UMNO menyertai Pakatan Harapan (PH)…

Read More

Bangkit selepas rebah, bersih secara total

KUALA LUMPUR 11 Jan. –  Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin parti itu mampu bangkit selepas rebah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dengan berbekalkan semangat musyawarah dan keikhlasan. Justeru, beliau mengajak ahli-ahli parti itu untuk bersama-sama membina semula gerakan parti, berbincang secara berjemaah dalam melaksanakan perubahan dan pembaharuan. “Biarlah hari ini, di dalam dewan keramat ini, kita bersama-sama membina semula gerakan parti kita,” katanya menerusi catatan di Facebook, selepas Taklimat Presiden UMNO di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini hari ini. Melalui catatan itu, Timbalan Perdana…

Read More

Mahdzir nafi ‘Langkah London’

KUALA LUMPUR 11 Jan. – Naib Presiden UMNO, Mahdzir Khalid mengaku ke London tetapi menafikan wujud ‘Langkah London’ dan pembabitannya dalam gerakan yang dikatakan mahu menjatuhkan Kerajaan Perpaduan. Mahdzir  berkata, adalah terlalu jauh untuk beliau membuat gerakan menjatuhkan kerajaan dan tidak tahu mengapa sering dikaitkan dengan tindakan sedemikian. Katanya, dakwaan pembabitannya itu tidak betul kerana beliau tidak berjumpa sesiapa pun di London. “Saya nafi kerana tidak ada pun, memang saya pergi London tapi saya tidak jumpa pun dengan sesiapa dan orang-orang yang disebut dalam dakwaan itu. “Malah Datuk Seri Ismail…

Read More

Berakhirkah kemelut politik Sabah?

SELEPAS mendapat restu Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, kedudukan Hajiji Noor nampak lebih selesa untuk melakukan ‘pembaharuan’ dalam pentadbiran kerajaan negeri selepas Barisan Nasional (BN) menarik sokongan. Tiada apa yang dapat menghalang Hajiji melakukan sesuatu kerana seperti kata Anwar selepas perjumpaan bersama pemimpin parti politik Sabah, bahawa beliau (Anwar) hanya mampu menasihat. Yang lain terserah kepada pimpinan Sabah. Hasrat Hajiji mahu mewujudkan kestabilan politik walaupun tindakan yang diambil ketika ini bukan satu jaminan suasana benar-benar ‘aman’. Justeru Hajiji tampil menggunakan kuasa yang ada bagi mengisi ‘kekosongan’ yang ditinggalkan BN. Rombakan perlu…

Read More

Rombakan Kabinet formula Kerajaan Perpaduan

KOTA KINABALU 11 Jan. – Timbalan Ketua Menteri III Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya menegaskan rombakan Kabinet kerajaan negeri hari ini adalah formula Kerajaan Perpaduan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat itu mendakwa perubahan itu seperti yang disarankan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, susulan kemelut politik yang melanda negeri ketika ini. Beliau yang turut memegang portfolio Menteri Kerja Raya, berkata, keputusan tidak memasukkan Warisan dan mereka yang sebelum ini terlibat dalam usaha menggulingkan Ketua Menteri, Hajiji Noor juga dibuat atas persetujuan. “Ya, ini adalah satu formula Kerajaan Perpaduan dengan rakan…

Read More

Belum putus pendirian 5 ADUN UMNO

KUALA LUMPUR 11 Jan. – UMNO belum memutuskan sebarang pendirian mengenai kedudukan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mewakili parti itu di Sabah yang menyertai dan menyokong Kabinet negeri pimpinan, Hajiji Noor. “Kita belum buat sebarang keputusan mengenainya. Saya ucapkan selamat berkhidmat untuk mereka. Sebab kerajaan Sabah ini begitu unik sekali,” kata Setiausaha Agung UMNO,  Ahmad Maslan. Beliau bagaimanapun berharap keadaan akan stabil kembali dan segala persoalan akan dijawab dengan baik kemudiannya. “Bab itu (pendirian UMNO mengenai kedudukan lima ADUN di Sabah) kita beri komen kemudian. Kita nak tumpu Perhimpunan…

Read More

PAU tetapkan hala tuju, bincang persiapan 6 PRN

KUALA LUMPUR 11 Jan. – Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU2022) akan memberi tumpuan mengenai hala tuju parti selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), selain persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri. Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan, berkata UMNO juga akan melihat semula pencapaian teruk parti pada PRU15 hingga gagal memperoleh jumlah mencukupi untuk membentuk kerajaan. Bercakap pada sidang media selepas merasmikan Laman Media PAU 2022, di sini hari ini, Ahmad Maslan berkata, PAU juga tidak akan memutuskan tarikh bagi pemilihan parti yang mesti diadakan dalam tempoh enam bulan…

Read More

UMNO Sabah tidak iktiraf lantikan Kabinet

KOTA KINABALU: UMNO Sabah tidak mengiktiraf pelantikan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mewakli parti itu yang membarisi Kabinet baharu negeri dalam rombakan yang diumumkan Ketua Menteri, Hajiji Noor, hari ini. Mereka ialah ADUN Tanjung Keramat,  Shahelmey Yahya sebagai Timbalan Ketua Menteri III dan Menteri Kerja Raya, serta ADUN Sugut, James Ratib  sebagai Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah. Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Bung Moktar Radin, berkata ia disebabkan UMNO negeri tidak memberikan cadangan untuk dua ADUN terbabit dilantik menganggotai Kabinet pimpinan Hajiji. “UMNO secara konsisten menolak kerjasama bersama…

Read More