Usaha had kuasa Presiden ditolak

WASHINGTON – Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) sekali lagi menolak usaha untuk mengehadkan kuasa Presiden Donald Trump melancarkan tindakan ketenteraan di Iran, selepas percubaan sama gqgal di Senat sehari sebelumnya.

Usul berkenaan ditolak melalui undian 212 lawan 219, menyaksikan sokongan mengikut garis parti.

Demokrat sebelum ini mengkritik Trump kerana melancarkan serangan tanpa mandat Kongres dan mempersoalkan sama ada wujud ancaman “segera” yang boleh membenarkannya bertindak secara unilateral.

Menurut pentadbiran, konflik tersebut kini dianggarkan boleh berlarutan sehingga lapan minggu, hampir dua kali lebih lama daripada jangkaan asal Trump.

Demokrat di kedua‑dua dewan Kongres menegaskan bahawa Trump mengetepikan peranan badan perundangan dan tidak menjelaskan dengan telus rasional tindakan ketenteraannya.

Sesetengah Republikan pula mengakui mereka memilih menolak usul itu buat sementara waktu, namun tidak menolak kemungkinan menukar pendirian sekiranya konflik berlanjutan.

Speaker Dewan, Mike Johnson, antara yang lantang menentang menyifatkan cadangan mengehadkan kuasa presiden sebagai langkah yang boleh “melemahkan keselamatan negara” ketika operasi ketenteraan masih berjalan.

Setiausaha Negara, Marco Rubio, turut mempertahankan pentadbiran Trump, dengan menyatakan bahawa semua syarat pemakluman telah dipenuhi.

Rubio menambah bahawa pentadbiran‑pentadbiran terdahulu, baik Demokrat mahupun Republikan, tidak pernah mengiktiraf Akta Kuasa Perang sebagai peruntukan yang mengikat presiden secara mutlak.

Nnn

Related posts

Leave a Comment