Vaksin: 94.2 peratus laporan tidak timbul risiko

PUTRAJAYA 1 Jan. – Sebanyak 94.2 peratus daripada 20,131 Laporan Kesan Advers Susulan Imunisasi (AEFI) Vaksin Covid-19 yang diterima Kementerian Kesihatan (KKM), tidak menimbulkan risiko kesihatan kepada penerima vaksin. Ketua Pengarahnya, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata antara kesan advers (kesan yang tidak diingini) yang kerap dilaporkan oleh penerima vaksin adalah demam, sakit pada tempat suntikan, sakit kepala, sakit otot dan keletihan. Katanya, daripada jumlah keseluruhan 20,131 laporan AEFI yang diterima untuk vaksin Comirnaty (Pfizer), hanya sebilangan kecil iaitu 1,162 laporan dikategorikan sebagai AEFI serius. Dalam satu kenyataan hari ini, Dr.…

Read More

PH perlu menang 37 kerusi DUN Pulau Pinang

BAYAN LEPAS 1 Jan. – Pakatan Harapan (PH) perlu mempertahan dan mengekalkan 37 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Pengerusi PH, Chow Kon Yeow, ketika mengingatkan demikian berkata, pimpinan PH  di negeri itu,  tidak boleh memandang remeh kepada ‘Tsunami Hijau’ iaitu lencongan sokongan pengundi kepada Perikatan Nasional (PN) pada PRU15 lalu. Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata adalah penting bagi gabungan parti itu meletakkan objektif tinggi dalam PRN. “Sasaran kita (PH) sekurang-kurangnya 37 kerusi, kalau kita…

Read More

Kerugian kebakaran Jakel hampir RM100 juta

SHAH ALAM 1 Jan. – Kebakaran di bangunan Wisma Jakel, gedung tekstil terkemuka di Seksyen 7 di sini menyebabkan kerugian dianggarkan hampir RM100 juta. Bagaimanapun jumlah itu hanya membabitkan nilai bangunan, manakala jumlah sebenar masih belum dapat dianggarkan. Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Mohamed Faroz Mohamed Jakel, berkata cawangan berkenaan membawa keuntungan kepada syarikat kira-kira RM300 juta setahun. Katanya, insiden kebakaran itu berlaku sekitar pukuk 7 hingga 7.15 pagi tadi yang mana beliau dimaklumkan oleh adiknya yang juga pengurus Jakel cawangan terbabit. Bangunan ini nilainya kira-kira RM100 juta membabitkan 19 rumah…

Read More

Tun Juhar lafaz sumpah jawatan

KOTA KINABALU 1 Jan. – Tun Juhar Mahiruddin melafazkan sumpah jawatan Yang Dipertua Negeri Sabah bagi penggal keempat dalam satu istiadat yang berlangsung di Istana Seri Kinabalu di sini pagi ini. Selepas melafazkan sumpah jawatan, Tun Juhar menandatangani surat sumpah jawatan Yang Dipertua Negeri Sabah disaksikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim. Ini diikuti Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor menyampaikan ucapan tahniah dan lafaz ikrar taat setia. Mufti Kerajaan Negeri Sabah,  Bungsu @Aziz Jaafar kemudian membacakan doa memohon kesejahteraan negeri di bawah naungan Tun Juhar,…

Read More

Jalani ‘kehidupan bersih’ 2023

BANDAR SERI BEGAWAN 1 Jan. –  Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, mengajak segenap lapisan rakyat memasuki tahun baharu 2023 ini dengan tekad untuk menjalani kehidupan bersih tanpa diganggu oleh pelbagai gejala buruk. Gejala buruk yang dimaksudkan baginda adalah seperti rasuah, pecah amanah, salah guna kuasa dan menagih dadah yang jika dapat dihindari oleh rakyat akan memberi satu kelebihan kepada Negara Brunei Darussalam. Baginda turut mengajak rakyat bersyukur kerana dapat memasuki tahun baharu ini dan pada masa yang sama meminta mereka mengimbas semula hikmah dalam tempoh tiga tahun negara berhadapan dengan…

Read More

JPJ kutip hasil RM4.89 bilion tahun 2023

GOMBAK 1 Jan. – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berjaya mencapai sasaran kutipan hasil bagi tahun kewangan 2022 mencecah RM4.89 bilion, kata Ketua Pengarah JPJ Zailani Hashim. Katanya, angka itu melebihi sasaran 2022 iaitu RM4.21 bilion, malah dicapai dalam tempoh lebih awal iaitu pada September manakala keseluruhan jumlah tersebut dijanakan antaranya menerusi pembaharuan cukai jalan serta lesen memandu. Beliau berkata, dua portfolio JPJ sebelum ini iaitu menekankan aspek advokasi keselamatan jalan raya dan aspek pendigitalan kepada masyarakat menyumbang kepada kejayaan ini. Selain itu, faktor kerjasama semua pihak termasuk sikap kesedaran masyarakat…

Read More

Pertubuhan Perpaduan Ummah dilancar

ARAU 1 Jan. – Selepas Muafakat Nasional (MN), sebuah lagi pertubuhan bukan kerajaaan (NGO) ditubuhkan iaitu Pertubuhan Perpaduan Ummah (PPU) yang dilancarkan secara rasmi malam tadi di Pusat Khidmat Kubang Gajah dekat sini. Menurut Setiausaha Agung penajanya Shahidan Kassim, penubuhan NGO berkenaan bertujuan menyatukan masyarakat di Malaysia tanpa mengira parti selain memfokuskan kepada kerja-kerja kebajikan. PPU yang diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS), 29 Disember lalu akan diperluaskan ke kesemua 222 Parlimen dalam merealisasikan kerjasama seluruh rakyat Malaysia selepas Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) November lalu. Katanya, pelancaran PPU juga adalah…

Read More

Kes harian Covid-19 catat penurunan

PUTRAJAYA 1 Jan. – Jumlah kes jangkitan kes harian Covid-19 semalam kekal di bawah 1,000 dengan mencatatkan 513 kes, menunjukkan penurunan berbanding 583 yang direkodkan kelmarin. Menurut portal KKMNOW, sebanyak 509 adalah kes tempatan dan empat kes import  yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes tempatan meningkat kepada 4,988,142 dan 38,535 kes import. Bagi tempoh yang sama, satu kematian direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 36,853 orang meninggal dunia termasuk 7,852 kematian yang berlaku di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID) Sementara itu, kes aktif semalam turun sebanyak 321 menjadikan jumlah kes aktif…

Read More