JPJ kutip hasil RM4.89 bilion tahun 2023

GOMBAK 1 Jan. – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berjaya mencapai sasaran kutipan hasil bagi tahun kewangan 2022 mencecah RM4.89 bilion, kata Ketua Pengarah JPJ Zailani Hashim.

Katanya, angka itu melebihi sasaran 2022 iaitu RM4.21 bilion, malah dicapai dalam tempoh lebih awal iaitu pada September manakala keseluruhan jumlah tersebut dijanakan antaranya menerusi pembaharuan cukai jalan serta lesen memandu.

Beliau berkata, dua portfolio JPJ sebelum ini iaitu menekankan aspek advokasi keselamatan jalan raya dan aspek pendigitalan kepada masyarakat menyumbang kepada kejayaan ini.

Selain itu, faktor kerjasama semua pihak termasuk sikap kesedaran masyarakat untuk memperbaharui cukai jalan dan hal-hal lain berkaitan pembayaran turut menyumbang kepada hasil kutipan.

“Kalau saya boleh kongsi hasil negara yang berjaya dikumpul oleh pihak JPJ untuk 2022 sebanyak 4.86 billion hingga 30 Disember dan angka akhir saya akan dapat dalam sedikit masa lagi,” katanya selepas mengadakan operasi Op Ambang Tahun Baharu di Plaza Tol Gombak malam tadi.

Beliau juga berharap sasaran kutipan dari 22 kaunter JPJ di UTC, 15 pejabat JPJ, dan 66 pejabat cawangan pada tahun ini akan terus meningkat.

Related posts

Leave a Comment