Singapura catat 4,477 kes baharu

SINGAPURA 7 Jun –  Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 4,477 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini yang terdiri daripada 4,301 jangkitan tempatan dan 176 kes import.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini sebanyak 1,325,623 dengan jumlah kematian pula meningkat kepada 1,394 orang termasuk satu kes hari ini.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 4,140 adalah kes Protokol 2 iaitu kes pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Ia terdiri daripada 3,976 kes tempatan dan 164 kes import manakala 337 kes lagi disahkan menerusi ujian PCR.

Sementara itu seramai 267 pesakit masih dirawat di hospital, naik berbanding 259 semalam dan daripada jumlah itu, sebanyak 22 orang memerlukan bantuan oksigen di wad biasa, lapan dipantau rapi di ICU dan 3,000 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Setakat semalam, sebanyak 96 peratus penduduk yang layak sudah  divaksin di bawah program vaksinasi nasional di mana 93 peratus menerima satu dos, 92 peratus lengkap dua dos dan 77 peratus disuntik dos penggalak.

Related posts

Leave a Comment