KUALA LUMPUR 28 Nov. – Ketika kerancakan Piala Dunia yang sedang berlangsung, Presiden Pas Abdul Hadi Awang dikatakan mengaitkan pelantikan Anwar Ibrahim dengan masa kecederaan dalam perlawanan bola sepak. Melalui Minda Presiden, Abdul Hadi melalui Facebooknya menulis mengenai Piala Dunia: Kalau Masa Dicederakan yang disiarkan semalam. Bagaimanapun tidak ada ayat berkaitan dengan Anwar sebaliknya pelbagai persepsi dibangkitkan pembaca berhubung tulisan itu. PIALA DUNIA: KALAU MASA DICEDERAKAN Menjadi kebiasaan pertandingan bola sepak di semua peringkat, daripada sekecil-kecil pasukan kampung yang tiada pengadil tetapi masing-masing bersefahaman, sehinggalah ke peringkat yang mempunyai pengadilnya…
Read MoreMonth: November 2022
Kes harian Covid-19 catat penurunan
PUTRAJAYA 28 Nov. – Kes jangkitan baharu Covid-19 semalam, Ahad terus mencatatkan penurunan dengan merekodkan 2,022 kes, semuanya kes tempatan berbanding 2,898 kes dicatatkan hari sebelumnya. Menurut data di portal KKMNOW, jumlah keseluruhan kini meningkat kepada 4,947,851 dan 38,443 kes import. Sebanyak empat kematian direkodkan akibat jangkitan berkenaan, namun tiada kematian berlaku di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID) menjadikan jumlah keseluruhan 36,652 orang meninggal dunia. Sementara itu, sebanyak 199 kes aktif dilaporkan menjadikan 27,207 kes di mana daripada jumlah itu, sebanyak 25,117 kes atau 92.3 peratus daripadanya sedang menjalani…
Read MoreMedia Hari Ini Isnin 28.11.2022
MB dakwa cubaan PN ‘curi’ 4 ADUN BN
LENGGONG 27 Nov. – Menteri Besar Perak, Saarani Mohamad, mendakwa Perikatan Nasional (PN) cuba ‘mencuri’ empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) untuk membentuk kerajaan baru-baru ini. Justeru beliau yang juga Pengerusi BN Perak terpaksa mengambil tindakan segera untuk membentuk kerajaan negeri bersama Pakatan Harapan (PH). Katanya, tindakan itu perlu kerana beliau tidak mahu senario sama seperti yang berlaku selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berulang, di mana dua ADUN BN ketika itu iaitu Zainol Fadzi Paharudin dan Nolee Ashilin Mohamed Radzi ‘dicuri’ untuk membentuk kerajaan negeri. “Perkara…
Read MoreWan Rosdy dilantik semula MB Pahang
KUANTAN 27 Nov. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai, Wan Rosdy Wan Ismail dilantik sebagai Menteri Besar Pahang selepas diperkenankan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah. Majlis Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Pahang akan diadakan di Balairung Seri, Istana Abu Bakar, Pekan pada pukul 11 pagi, esok. Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab. Rahman, berkata Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah telah berkenan menerima menghadap dan mendengar cadangan, usul serta…
Read MoreSikap tamak UMNO sukarkan rundingan di Pahang
SEPANG 27 Nov. – Sikap tamak pimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) Pahang yang mengenepikan mandat rakyat menyukarkan rundingan Perikatan Nasional (PN) untuk bersama membentuk penubuhan kerajaan negeri Pahang. Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, sejak awal, PN sedia berunding untuk membentuk kerajaan Pahang tetapi bukan dengan PH yang membawa agenda yang bertentangan dengan kepentingan rakyat. “Tetapi BN pula menuntut jawatan Menteri Besar dan mahukan tujuh kerusi Exco dan hanya setuju berikan PN satu kerusi exco sahaja walaupun mereka parti minoriti yang tiada mandat,” katanya dalam kenyataan melalui…
Read MoreBerita pilihan…
PAP bersedia peralihan kepemimpinan
SINGAPURA 27 Nov. – Timbalan Perdana Menteri, Lawrence Wong, dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP), selepas badan pembuat keputusan tertinggi parti itu bermesyuarat semalam.. Wong dijangka mengambil alih jawatan perdana menteri daripada Setiausaha Agung Lee Hsien Loong, yang tempoh peralihan belum ditetapkan parti pemerintah itu. Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Heng Swee Keat, yang sebelum ini adalah Penolong Setiausaha Agung PAP, kini dilantik sebagai Pengerusi PAP. Beliau menggantikan Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Gan Kim Yong, yang tidak bertanding bagi pemilihan semula semasa persidangan parti dwitahunan pada November…
Read MoreKes harian Covid-19 turun
PUTRAJAYA 27 Nov. – Kes harian Covid-19 yang direkodkan semalam (Sabtu) menunjukkan penurunan dengan merekodkan 2,898 kes berbanding 3,024 yang direkodkan sebelumnya. Data di portal KKMNOW menunjukkan dua daripada kes jangkitan baharu itu adalah kes import yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4,945,829 kes tempatan dan 38,443 kes import. Jumlah kematian pula meningkat kepada 36,648 apabila empat kes meninggal dunia direkodkan semalam akibat pandemik berkenaan dan tiada kes yang berlaku di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID). Sementara itu, 27,008 kes aktif dicatatkan pada Sabtu, meningkat sebanyak 105 berbanding sebelumnya dan…
Read More