Kes harian Covid-19 catat penurunan

PUTRAJAYA 28 Nov. – Kes jangkitan baharu Covid-19 semalam, Ahad terus mencatatkan penurunan dengan merekodkan 2,022 kes, semuanya kes tempatan berbanding 2,898 kes dicatatkan hari sebelumnya.

Menurut data di portal KKMNOW, jumlah keseluruhan kini meningkat kepada 4,947,851 dan 38,443 kes import.

Sebanyak empat kematian direkodkan akibat jangkitan berkenaan, namun tiada kematian berlaku di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID) menjadikan jumlah keseluruhan 36,652 orang meninggal dunia.

Sementara itu, sebanyak 199 kes aktif dilaporkan menjadikan 27,207 kes di mana daripada jumlah itu, sebanyak 25,117 kes atau 92.3 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC), manakala 1,989 pesakit mendapat rawatan di hospital, 101 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), manakala 53 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 1,819 kes sembuh dilaporkan yang membawa kepada jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 4,922,435 orang pulih.

Sementara itu, Selangor merekodkan 768 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan di negeri itu meningkat kepada 1,530,697 diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 159 (462,702), Sabah – 154 (404,460)! Johor – 37 (396,869), Sarawak – 87 (320,398), Kedah – 148 (315,452Pulau Pinang – 134 (304,524).

Kelantan – 81 (258,302), Perak – 75 (236,73), Negeri Sembilan – 59 (229,031)

Pahang – 65 (181,115), Melaka – 128 (141,594), Terengganu – 55 (131,880), Wilayah Persekutuan Putrajaya – 54 (31,087), Wilayah Persekutuan Labuan – 10 (22,668) dan

Perlis – 8 (18,778)

Related posts

Leave a Comment