Kes harian Covid-19 turun

PUTRAJAYA 27 Nov. – Kes harian Covid-19 yang direkodkan semalam (Sabtu) menunjukkan penurunan dengan merekodkan 2,898 kes berbanding 3,024 yang direkodkan sebelumnya.

Data di portal KKMNOW menunjukkan dua daripada kes jangkitan baharu itu adalah kes import yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4,945,829 kes tempatan dan 38,443 kes import.

Jumlah kematian pula meningkat kepada 36,648 apabila empat kes meninggal dunia direkodkan semalam akibat pandemik berkenaan dan tiada kes yang berlaku di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Sementara itu, 27,008 kes aktif dicatatkan pada Sabtu, meningkat sebanyak 105 berbanding sebelumnya dan daripada jumlah itu 24,924 kes atau 92.3 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Sebanyak 14 pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC) manakala, 1,973 pesakit mendapat rawatan di hospital.

Daripada jumlah itu, 97 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), termasuk 57 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) manakala  2,789 lagi pesakit sembuh 4,920,616 orang pulih.

Related posts

Leave a Comment