PAP bersedia peralihan kepemimpinan

SINGAPURA 27 Nov. – Timbalan Perdana Menteri, Lawrence Wong, dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP), selepas badan pembuat keputusan tertinggi parti itu bermesyuarat semalam..

Wong dijangka mengambil alih jawatan perdana menteri daripada Setiausaha Agung Lee Hsien Loong, yang tempoh peralihan belum ditetapkan parti pemerintah itu.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Heng Swee Keat, yang sebelum ini adalah Penolong Setiausaha Agung PAP, kini dilantik sebagai Pengerusi PAP.

Beliau menggantikan Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Gan Kim Yong, yang tidak bertanding bagi pemilihan semula semasa persidangan parti dwitahunan pada November tahun lalu.

Kim Yong sudah mengumumkan untuk mengundur diri sebagai Pengerusi PAP.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Negara, Desmond Lee, dilantik sebagai penolong setiausaha agung PAP, bersama Menteri Pendidikan, Chan Chun Sing.

Menurut PAP, Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) ke-37 turut memilih empat anggota baru – calon PAP yang bertanding di GRC Aljunied dalam pilihan raya 2020, Alex Yeo; Anggota Parlimen (AP) GRC East Coast, Cheryl Chan; ketua buruh, Ng Chee Meng; dan Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng.

Pada persidangan parti dwitahunan itu, seramai 12 anggota CEC yang dipilih adalah Ong Ye Kung, Indranee Rajah, Desmond Lee, Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, Heng Swee Keat, Lee Hsien Loong, Lawrence Wong, Chan Chun Sing, Grace Fu, Tan Chuan-Jin, Vivian Balakrishnan dan K Shanmugam.

Dua lagi anggota yang dilantik ke CEC ialah Edwin Tong dan Josephine Teo.

Related posts

Leave a Comment