Malaysia-Brunei kukuh hubungan

PUTRAJAYA  28 Nov. – Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah bersama anakandanya, Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim bagi memperkukuhkan hubungan Malaysia-Brunei, hari ini.

Menurut kenyataan Kementerian Luar, Lawatan Khas Sultan Hassanal Bolkiah ke Malaysia adalah, bagi menilai kemajuan kerjasama sedia ada antara Malaysia-Brunei, selain meneroka potensi baharu bagi meningkatkan hubungan serta kerjasama yang boleh memanfaat kedua-dua negara.

Ini adalah pertemuan julung kali antara baginda dan Anwar yang dilantik Perdana Menteri ke-10 pada 24 November lalu.

Terdahulu! Sultan Hassanal Bolkiah yang memandu sendiri kenderaan dinaiki bersama Abdul Mateen dan Anwar dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang, tiba di perkarangan Kompleks Seri Perdana pada pukul 12.25 tengah hari.

Sebelum majlis bermula, Mufti Kerajaan Brunei, Ustaz Awang Abdul Aziz Juned memimpin bacaan doa. Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali.

Selepas itu, Sultan Hassanal Bolkiah dan Abdul Mateen serta delegasi Brunei diraikan dalam majlis santapan tengah hari.

Anwar dan Sultan Brunei meluangkan masa hampir sejam dalam pertemuan itu.

Related posts

Leave a Comment