Dr. Mahathir calon tertua Parlimen

PUTRAJAYA 5 Nov. – Calon tertua pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) adalah Dr Mahathir Mohamad yang berusia 96 tahun, mewakili Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) di Parlimen Langkawi. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Abdul Ghani Salleh, berkata bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Fuaddin Kamaruddin, 70, yang mewakili Pejuang menjadi calon tertua bertanding iaitu di DUN Kubu Gajah. Bagi Pilihan Raya Kecil DUN Bugaya, Sabah, calon paling tua adalah Karil Pg Kurani berusia 76 tahun, bertanding mewakili Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS). Calon Bebas di kerusi Parlimen Tenom, Peggy…

Read More

Jumlah calon teramai dalam sejarah PRU

PUTRAJAYA 5 Nov. – Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) mencatat sejarah apabila merekodkan seramai 945 calon disahkan layak bertanding untuk merebut keseluruhan 222 kerusi Parlimen – yang teramai dalam sejarah PRU di Malaysia. Menurut kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seramai 441 calon akan bersaing di 117 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Pahang, Perlis dan kerusi N66 Bugaya, Sabah. Empat gabungan parti utama menguasai jumlah kerusi Parlimen ditandingi Pakatan Harapan (PH) mendahului jumlah calon paling ramai melibatkan 206 orang, diikuti Barisan Nasional (BN) 178, Perikatan Nasional (PN) 149 dan Pejuang…

Read More

Ahli jadi calon lawan gugur keahlian

BAGAN DATUK 6 Nov. – Mana-mana anggota dan pemimpin UMNO yang bertanding atas tiket parti lawan atau Bebas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan dipecat keahlian parti serta-merta, kata Presidennya,  Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata, mengikut perlembagaan UMNO, parti mempunyai hak untuk memecat mana-mana ahli yang bertanding atas tiket selain parti termasuk yang menjadi pencadang dan penyokong calon yang mewakili pembangkang. Beliau sudah mengarahkan Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan supaya mengeluarkan kenyataan media hari ini bagi memperincikan mengenai fasa tertentu dalam perlembagaan UMNO bagi membolehkan pemecatan itu dilakukan.…

Read More

Tok Mat tidak leka hadapi pencabar

REMBAU 5 Nov. – Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hassan berdepan dengan saingan lima penjuru selepas empat lagi calon termasuk tiga gabungan parti utama mengesahkan pencalonan mereka bagi merebut kerusi P131 Parlimen Rembau. Mohamad atau lebih mesra dengan panggilan Tok Mat berdepan dengan cabaran daripada calon Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Gerakan Tanah Air (GTA) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM). Keempat-empat pesaing beliau ialah Jufitri Joha (PH), Ramli Awaluddin (GTA), Mohd Nazree Mohd Yunus (PN) dan S. Tinagaran (PSM). Pada PRU14 (2018), bekas penyandang kerusi itu Khairy Jamaluddin yang kini…

Read More

Kejutan di Beluran gugat kerajaan Sabah?

BELURAN 5 Nov. – Adakah persefahaman antara Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) akan tergugat sehingga boleh menjejaskan kedudukan kerajaan Negeri Sabah selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)? Ini berikutan tindakan GRS memberi laluan kepada Perikatan Nasional (PN) menurunkan penyandangnya Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Dr Ronald Kiandee mempertahankan kerusi Parlimen Beluran. Mengikut persefahaman yang diumum semalam, kerusi Beluran yang dimenangi Dr Ronald atas tiket BN pada PRU lalu diserahkan kembali kepada BN. Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu, GRS yang dianggotai PN memenangi 17…

Read More

Tiga penjuru di kawasan Parlimen Bera

BERA 5 Nov. – Parlimen Bera menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH). Tiada calon yang mewakili Gerakan Tanah Air (GTA) yang dipimpin oleh bekas Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad bertanding di kawasan itu. Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Bera, Zaman Azam Mohamat Sarif, berkata pihaknya menerima borang pencalonan bermula jam 9.03 pagi. Ismail Sabri Yaakob mewakili BN, manakala Abas Awang dan Asmawi Harun masing-masing mewakili PH serta PN. Sementara itu, pertembungan empat penjuru berlaku bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Guai…

Read More

Lapan penjuru di Bangi

BANGI 5 Nov. –  Parlimen Bangi mencatatkan pertandingan lapan penjuru melibatkan lima parti dan tiga calon Bebas dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan berlangsung pada 19 November ini. Mereka adalah Syahredzan Johan (PH), Hoh Hee Lee (BN), Muhammad Nazrul Hakim Md Nazir (PN), Chee Chee Meng (PRM), Annuar Salleh (Pejuang) serta calon Bebas Jamal Hisham Hashim, Suthan Mookaiah dan Muhammad Fauzi Hasim. Pegawai Pengurus Pusat Penamaan Calon Bangi, Dr Ani Ahmad berkata, pihaknya berpuas hati dengan kertas penamaan calon yang dikemukakan. Pada PRU14 lalu, Dr Ong Kian Ming…

Read More

Ampang: Zuraida hadapi sembilan penjuru

AMPANG 5 Nov. –  Tugas berat menanti penyandang kerusi Parlimen Ampang  Zuraida Kamaruddin apabila berdepan pertembungan sembilan penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Zuraida yang mewakili kawasan itu sejak 2008 dan memenangi kerusi itu atas tiket PKR pada PRU14 kini mempertahankan kerusi disandangnya itu atas tiket Parti Bangsa Malaysia (PBM). Tugasnya juga mencabar apabila berhadapan calon PH dari PKR, iaitu Exco Kerajaan Negeri Selangor Rodziah Ismail di samping Ketua Beliawanis MCA, Ivone Low Yi Wen sebagai calon mewakili Barisan Nasional (BN). Turut sama Sasha Lyna Abdul Latif (PN), Nurul…

Read More

Sokongan seorang isteri

TIADA layanan isitimewa. Berdiri sejak pukul 9 pagi di luar dewan menanti suami menyelesaikan urusan penyerahan borang penamaan calon untuk mempertahankan kerusi Parlimen Bera pada Pilihan Raya Umum (PRU15). Begitulah Datin Seri Muhaini Zainal Abidin seorang isteri pemimpin yang ‘low profile’ ketika bersama para penyokong Barisan Nasional (BN) menanti Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di luar Pusat Penamaan Calon di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera. Benarlah seperti catatan Ismail Sabri sebelum ini bahawa : “Nani (Muhaini) adalah seorang yang sangat simple dan sentiasa tak mahu berada di bawah…

Read More

Lima penjuru di Gombak, Diva AA tarik diri

GOMBAK 5 Nov. –  Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berdepan saingan lima penjuru dalam usaha beliau mempertahankan Parlimen Gombak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Azmin yang juga Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri berdepan saingan kuat dari Pakatan Harapan (PH) yang juga Menteri Besar Selangor, Amiruddin Shari selain Ketua UMNO Gombak, Megat Zulkarnain Omar Din yang dipertaruhkan Barisan Nasional (BN). Turut menyertai saingan di kerusi itu, adalah calon Putra dari Gerakan Tanah Air (GTA) yang akan menggunakan logo Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Jamaludin Mhd  Tahir serta seorang calon…

Read More