Sokongan seorang isteri

TIADA layanan isitimewa. Berdiri sejak pukul 9 pagi di luar dewan menanti suami menyelesaikan urusan penyerahan borang penamaan calon untuk mempertahankan kerusi Parlimen Bera pada Pilihan Raya Umum (PRU15).

Begitulah Datin Seri Muhaini Zainal Abidin seorang isteri pemimpin yang ‘low profile’ ketika bersama para penyokong Barisan Nasional (BN) menanti Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di luar Pusat Penamaan Calon di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera.

Benarlah seperti catatan Ismail Sabri sebelum ini bahawa : “Nani (Muhaini) adalah seorang yang sangat simple dan sentiasa tak mahu berada di bawah spotlight, sebab tu jarang sangat nampak dia”.

Sebagai tanda sokongan kepada suami, Muhaini bergerak bersama para penyokong BN dari Dataran Kerayong, Bera ke pusat penamaan calon dan menanti sehingga proses penamaan selesai. Susah senang bersama!

Sokongan seumpama ini amat bermakna kerana mungkin ada juga dalam kalangan suami yang tidak dapat ditemani isteri atau sebaliknya suami pula tidak dapat menemani isteri ke pusat penamaan calon hari ini.

Sekamat bertanding dan memikat pengundi.

Related posts

Leave a Comment