MARANG 3 Nov. – Semua penyandang kerusi Parlimen dari Perikatan Nasional (PN) di negeri itu dicalonkan semula kecuali di Besut dan Kuala Nerus yang menampilkan muka baharu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Pengerusi PN Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata, bagi kerusi Besut, PN meletakkan bekas pemimpin UMNO yang sudah menyertai Pas, Che Mohamad Zulkifly Jusoh, sebagai percaturan mereka untuk merampas kerusi tersebut. Untuk rekod, pada pilihan raya umum lalu, Idris Jusoh memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti 4,599 mengalahkan calon Pas dan PKR. Sementara itu, bagi kerusi Parlimen Kuala Nerus,…
Read MoreDay: November 3, 2022
Di mana watikah Tanjung Karang?
SHAH ALAM 3 Nov. – “Saya tunggu dari pagi sampai malam. Saya WhatsApp Presiden tetapi tidak ada respons,” Itu luahan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Noh Omar dengan sikap berdiam diri Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi. “Saya fikir presiden sibuk dan saya tunggu sampai malam ini. Hanya tadi keluar senarai BN, Tanjung Karang sudah ada calon. Maka, watikah tidak sampai pada saya,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Penyampaian Watikah Calon BN peringkat Negeri Selangor di sini malam ini. Beliau mengakui pucuk pimpinan UMNO itu telah meletakkan calon baharu di…
Read MoreShahidan calon PN Arau, Ismail di Maran
MARANG 3 Nov. – Jika dua bekas penyandang kerusi Pas berpindah kepada Barisan Nasional (BN), dua penyandang kerusi BN juga berbuat demikian apabila beralih kepada Perikatan Nasional (PN) menjelang hari penamaan calon Sabtu ini. Penyandang kerusi Parlimen Arau, Shahidan Kassim yang digugurkan BN akan bertanding atas tiket PN bagi mempertahankan kawasan itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini. Selain Menteri Wilayah Persekutuan itu, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Ismail Abd Muttalib yang turut digugurkan BN, diumumkan mewakili PN bertanding mempertahankan kerusi Maran di Pahang. Pengumuman itu dibuat oleh…
Read MoreKhairuddin di Kuala Nerus, Noh tetap gugur
KUALA LUMPUR 3 Nov. – Bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dicalonkan untuk mempertahankan kerusi Kuala Nerus atas tiket Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Beliau menyertai rakannya, Che Abdullah Mat Nawi yang turut bertanding atas tiket BN bagi kawasan Parlimen Tumpat. Menurut kenyataan Setiausaha Agung BN Dr Zambry Abd Kadir, BN memuktamadkan calon-calon bagi tujuh kawasan Parlimen yang mengekalkan pengguguran Pengerusi BN Selangor, Noh Omar di Tanjong Karang. Tempat beliau akan diisi oleh Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjong Karang, Habibah Mohd…
Read MoreRohani digugur selepas 7 penggal
KUCHING 3 Nov. – Ahli Parlimen Batang Lupar selama empat penggal Rohani Abdul Karim digugurkan daripada senarai calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi itu juga tidak disenaraikan semasa pengumuman calon oleh Pengerusi GPS Abang Johari Tun Openg. GPS akan bertanding bagi 31 kerusi Parlimen di negeri ini yang diwakili calon-calon Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti…
Read MoreDigugur Pas bertanding tiket BN
KOTA BHARU: Beberapa jam selepas digugurkan sebagai calon Pas untuk mempertahankan Parlimen Tumpat, Barisan Nasional (BN) ‘melamar’ Datuk Che Abdullah Mat Nawi untuk mempertahan kerusi itu. BN memberi laluan kepada Che Abdullah untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi menghadapi calon Perikatan Nasional (PN) yang menurunkan wakil Pas dan Gerakan Tanah Air melalui calonnya dari Putra. Media melaporkan Pengerusi BN negeri, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob berkata, seluruh akar umbi parti di kawasan itu terutama UMNO Bahagian Tumpat secara terbuka menerima baik kehadiran Che Abdullah. Menurutnya, keputusan memberi laluan…
Read MoreEmpat sebab surat akujanji itu palsu
KUALA LUMPUR 3 Nov. – Terdapat empat sebab yang membuktikan surat aku janji didakwa mengandungi ikrar calon untuk menyokong Presiden UMNO Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai calon Perdana Menteri, adalah palsu. Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan, berkata, pertama dokumen aku janji yang tular itu menggunakan kepala surat UMNO dan bukan Barisan Nasional (BN). “Inikan pilihan raya umum (PRU), kenapa bukan kepala surat BN. Sebab kedua, jika dilihat cara surat itu ditulis, penjarakan huruf besar dan kecil tidak konsisten dengan surat yang sahih. Sebagai contoh, dalam surat yang pernah dikeluarkan…
Read MoreRamanan kekal lawan KJ di Sungai Buloh
SHAH ALAM 3 Nov. – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen Sungai Buloh, R Ramanan kekal menentang calon Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Pengerusi PH Selangor, Amirudin Shari, berkata setakat ini, pihaknya mengekalkan barisan calon Parlimen pakatan itu seperti diumumkan sebelum ini. “Itu keputusan akhir yang dibuat di antara beliau (Rafizi Ramli) dan Presiden PKR (Anwar Ibrahim). Setakat ini, kita meneruskan pengumuman yang dibuat dan kita yakin perbincangan yang panjang sudah diadakan sebelum ini. Tetapi masing-masing perlu akur dengan beberapa keputusan yang sudah…
Read MoreMaro : PRU 04
KJ kempen secara gentleman’, beradab
SUNGAI BULOH 3 Nov. – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh Khairy Jamaluddin akan bekerja keras bagi merampas semula kerusi itu biarpun calon BN pernah tiga kali tewas dengan majoriti lebih 20,000 undi. Beliau akan terus berjuang untuk penduduk Sungai Buloh yang demografinya menggambarkan Malaysia sebenar, dengan kira-kira 65 peratus komposisi Melayu, China 21 peratus, India 10 peratus dan lain-lain dua peratus. “Biarpun sedar Sungai Buloh ini bukan kawasan putih, malah bukan kelabu, tetapi ini kawasan gelap gelita macam saya juga. Jadi kita jangan jadi penumpang Barisan Nasional…
Read More