Enam penyandang dicalon semula

MARANG 3 Nov. – Semua penyandang kerusi Parlimen dari Perikatan Nasional (PN) di negeri itu dicalonkan semula kecuali di Besut dan Kuala Nerus yang menampilkan muka baharu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi PN Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata, bagi kerusi Besut, PN meletakkan bekas pemimpin UMNO yang sudah menyertai Pas, Che Mohamad Zulkifly Jusoh, sebagai percaturan mereka untuk merampas kerusi tersebut.

Untuk rekod, pada pilihan raya umum lalu, Idris Jusoh memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti 4,599 mengalahkan calon Pas dan PKR.

Sementara itu, bagi kerusi Parlimen Kuala Nerus, PN meletakkan Exco Terengganu yang juga ADUN Bukit Tunggal, Alias Razak bagi mempertahankan kerusi yang dimenangi Khairuddin Aman Razali, atas tiket Pas.

Khairuddin yang merupakan bekas setiausaha Majlis Syura Ulama Pas Pusat akan bertanding atas tiket BN di Kuala Nerus.

Penyandang kerusi Hulu Terengganu, Rosol Wahid, yang memenangi kerusi itu melalui tiket Barisan Nasional (BN) kini menjadi pertaruhan PN untuk mempertahankan kerusi itu.

Rosol merupakan ahli Bersatu setelah meninggalkan UMNO selepas PRU ke-14.

Senarai lengkap calon PN di Terengganu adalah  Kemaman: Che Alias Hamid ;
Besut: Che Mohamad Zulkefly Jusoh; Setiu: Shaharizukirnain Abd Kadir ; Kuala Terengganu: Ahmad Amzad Hashim ; Marang: Abdul Hadi Awang ; Hulu Terengganu: Rosol Wahid ; Kuala Nerus: Dr Alias Razak dan  Dungun: Wan Hassan Mohd Ramli.

Related posts

Leave a Comment