PETALING JAYA 30 Okt. – Penyandang kerusi Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan membuat pengumuman Rabu ini sama ada akan mempertahankan kerusi itu atau sebaliknya. Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), itu berkata beliau menghormati institusi kehakiman dan kini diberi ruang untuk membela diri. “Status saya, nantikan pengumuman pada Rabu ini. Apa yang penting saya menghormati institusi kehakiman. Malah saya sudah menyarankan kepada semua penyokong MUDA supaya turut menghormati institusi kehakiman negara,” katanya. Syed Saddiq berkata demikian ketika ditanya mengenai saranan pelbagai pihak supaya tidak bertanding pada Pilihan Raya…
Read MoreMonth: October 2022
PH belum namakan calon di Langkawi
SUNGAI PETANI 30 Okt. – Kecuali Langkawi, semua 14 kerusi Parlimen di negeri ini sudah ditetapkan calon yang bakal mewakili Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) 19 November ini. Dalam satu pengumuman calon malam tadi, bekas Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Wilayah Persekutuan, Latipah Md Yatim, adalah antara 14 calon yang akan menggalas tanggungjawab memenangkan PH. Turut diumumkan sebagai calon adalah Timbalan Pengerusi DAP Kedah, Zulhazmi Shariff, yang bakal bertanding di Parlimen Jerai. Pengerusi PH Kedah, Mahfuz Omar, yang akan mempertahankan Pokok Sena berkata, calon kerusi di…
Read MoreMedia Hari Ini Ahad 30.10.2022
Strategi DAP letak Melayu bukan ancaman
AYER HITAM 29 Okt. – Strategi DAP meletakkan calon Melayu di kawasan Parlimen Ayer Hitam yang akan ditandingi MCA bukanlah ancaman kepada Barisan Nasional (BN), kata Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Beliau berkata, BN dan parti itu mengalu-alukan kehadiran bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali untuk bertanding di kerusi Parlimen Ayer Hitam itu. pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Ka Siong yang juga penyandang kerusi Parlimen Ayer Hitam berkata, BN tidak gentar kerana yakin dengan calon yang diketengahkan berwibawa, mempunyai pengalaman dan…
Read MoreUMNO tanding Simpang Renggam
JOHOR BAHRU 29 Okt. – MCA dan MIC Johor masing-masing akan bertanding lapan dan satu kerusi Parlimen di negeri ini, pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini, jumlah sama yang ditandingi kedua-duanya pada PRU14. Pengerusi BN Johor, Hasni Mohammad, berkata kerusi Parlimen Simpang Renggam yang ditinggalkan parti Gerakan akan ditandingi UMNO, menjadikan jumlah kerusi yang bakal ditandingi UMNO Johor pada PRU15 ialah 17 berbanding 16 pada PRU lepas. Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya BN Johor, berkata BN negeri tidak akan melakukan sebarang pertukaran kerusi Parlimen antara parti komponennya. “Pembahagian…
Read MoreHadi tetap tanding PRU15
KOTA BHARU 29 Okt. – Presiden Pas Abdul Hadi Awang akan mempertahankan kerusi Parlimen Marang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Setiausaha Agungnya, Takiyuddin Hassan. Beliau sebelum ini tidak tahu ada desas-desus Presiden Pas itu tidak akan bertanding pada PRU15. “Saya boleh sahkan beliau akan pertahankan kerusi yang disandangnya,” katanya ketika ditanya mengenai ada dakwaan mengatakan Presiden Pas itu tidak bertanding pada PRU15. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Pemerkasaan Ekopelancongan Sumber Asli, di sini, hari ini. Pada PRU lalu, Abdul Hadi menang di Parlimen Marang dengan 53,749 undi…
Read MorePemimpin lama undur beri laluan orang baharu
BANGI 29 Okt. – Tidak semua pemimpin lama boleh dikekalkan kerana mereka juga perlu memberi laluan kepada generasi baharu untuk memimpin, kata Presiden PKR, Anwar Ibrahim. Beliau juga mengingatkan, tidak semua perjuangan dalam politik perlu melalui jalur pilihan raya sebaliknya sumbangan tokoh lama dalam parti amat diperlukan untuk membimbing generasi muda. “Jika kita kekalkan semua orang yang memberi sumbangan, generasi baharu tidak akan bangkit. Ada ketikanya digugurkan atas faktor kesihatan dan sudah lama berkhidmat. Kita sedar, orang yang berkhidmat dengan baik sekian lama, ada ketikanya harus dipindahkan atau diganti. “Mereka…
Read MoreCalon: Tian Cua dakwa ramai kecewa
KUALA LUMPUR 29 Okt. – Bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua, yang tidak tersenarai kali ini mendakwa ramai pihak yang kecewa dengan senarai calon yang diumumkan oleh kepemimpinan parti itu malam tadi. Beliau berkata pemilihan calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) seharusnya lebih inklusif bagi menggambarkan kepelbagaian dalam parti itu. “Memandangkan saya bukan lagi sebahagian kepemimpinan parti pada masa ini, saya tidak tahu proses terperinci mengenai pemilihan calon. Sudah tentu, pemilihan ini tidak akan memuaskan hati semua orang. Ia boleh difahami. Selepas pengumuman, ramai orang kecewa dengan…
Read MoreKes harian Covid-19 meningkat
PUTRAJAYA 29 Okt. – Jumlah kes jangkitan Covid-19 menunjukkan peningkatan dengan merekodkan 3,296 kes baharu yang dilaporkan semalam berbanding 2,762 direkodkan pada hari sebelumnya. Menurut laman KKNOW, sebanyak 3,286 adalah kes tempatan manakala 10 kes import menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,855,390 dengan jumlah kes import 38,343. Jumlah kes aktif pula meningkat sebanyak 1,335 menjadikan jumlah keseluruhan 30,055 di mana 28,721 atau 95.6 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan 1,276 mendapatkan rawatan di hospital. Daripada jumlah kes di hospital, sebanyak 35 kes atau 0.1 peratus ditempatkan di ICU yang…
Read More