Hadi tetap tanding PRU15

KOTA BHARU 29 Okt. –  Presiden Pas Abdul Hadi Awang akan mempertahankan kerusi Parlimen Marang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Setiausaha Agungnya, Takiyuddin Hassan.

Beliau sebelum ini tidak tahu ada desas-desus Presiden Pas itu tidak akan bertanding pada PRU15.

“Saya boleh sahkan beliau akan pertahankan kerusi yang disandangnya,” katanya ketika ditanya mengenai ada dakwaan mengatakan Presiden Pas itu tidak bertanding pada PRU15.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Pemerkasaan Ekopelancongan Sumber Asli, di sini, hari ini.

Pada PRU lalu, Abdul Hadi menang di Parlimen Marang dengan 53,749 undi menewaskan dua pencabarnya daripada Barisan Nasional (BN) dan PKR.

Sementara itu, ditanya mengenai jumlah kerusi Perikatan Nasional (PN) yang akan bertanding pada PRU15, Takiyuddin berkata, perkara itu masih belum ada keputusan muktamad.

“Kita ada 222 kerusi Parlimen dan belum pasti lagi berapa banyak mahu bertanding. Di Sarawak terdapat 31 Parlimen dan PN tidak bertanding di negeri itu.

“Di Sabah pula ada 25 Parlimen dan kita bersama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS),” katanya.

Related posts

Leave a Comment