DUN Kedah dijangka bubar Julai 2023

ALOR SETAR 29 Okt. – Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hanya akan dibubarkan sekitar bulan Julai tahun hadapan, kata Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor. Beliau memberikan bayangan itu selepas mengambil kira beberapa faktor seperti bencana banjir, sambutan Hari Raya Aidilfitri, sambutan Hari Raya Aidiladha serta tempoh mengerjakan haji. Bagi tujuan itu, beliau juga telah menghubungi beberapa menteri besar di negeri-negeri yang tidak membubarkan DUN masing-masing, termasuk Selangor, agar pilihan raya di negeri terlibat dapat diadakan serentak. “Kita tidak setuju Parlimen dibubarkan pada ketika ini, maka negeri Kedah, Kelantan…

Read More

Muda, PSM intai Sembrong, Tapah, Sungai Siput

KUALA LUMPUR 29 Okt. – Tiga lagi kerusi PKR yang belum diisi akan dimuktamad dalam beberapa hari ini sama ada akan diberikan kepada Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Muda untuk ditandingi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini. Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, berkata tiga kerusi yang masih memerlukan rundingan lanjut itu adalah Parlimen Sungai Siput dan Tapah di Perak dan Sembrong.di Johor. “Kerusi ini diperuntukkan kepada PKR, tetapi memandangkan ia sudah diminta Muda atau PSM, kita akan runding sebelum dimuktamadkan dalam beberapa hari ini,” katanya selepas Majlis Pengumuman Calon…

Read More

Kemelut siapa Presiden jejas peluang Zuraida

PUTRAJAYA 29 Okt. – Menjelang hari penamaan calon pada Pilihan Raya Umum Ke-15, Parti Bangsa Malaysia (PBM) kini dalam keadaan ‘kucar kacir’ apabila dua pihak masing-masing mengakui mereka adalah pemimpin yang sah mengikut perlembagaan. Kemelut dalaman yang semakin meruncing itu dijangka menjejaskan peluang beberapa penyandang kerusi Parlimen untuk menyertai PRU15 termasuk Zuraida Kamaruddin yang mewakili kerusi Ampang. Kemelut itu yang jika berlarutan dan tidak mampu diselesaikan mungkin mengganggu persiapan PBM termasuk isu berkaitan penggunaan logo. Malam tadi dalam satu kenyataan terbaru, Larry Sng Wei Shien yang mendakwa beliau masih Presiden…

Read More

Muhyiddin mahu jadi PM kali kedua

ALOR SETAR 29 Okt. – Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad bersedia merendahkan diri apabila meminta pihak yang pernah ‘menikamnya’ bekerjasama pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Bagaimanapun usahanya gagal apabila Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin, menolak bekerjasama bersama Gerakan Tanah Air (GTA). Jelasnya, usaha itu tidak dapat dilakukan kerana PN merancang bertanding di banyak kerusi parlimen selain Muhyiddin dikatakan, masih berminat menjadi Perdana Menteri kali kedua. “Kita patut dengar permintaan rakyat supaya parti lawan bergabung, baru boleh kalahkan UMNO seperti kehendak rakyat. Kita pun fikir tak apa, walaupun…

Read More

Pas, Bersatu guna Perikatan di Kedah

ALOR SETAR 29 Okt. –  Semua lapan calon Pas dan tujuh Bersatu di Kedah akan menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November ini. Pengerusi PN negeri, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menjelaskan, kesemua calon yang dipertaruhkan di Kedah akan menggunakan logo PN pada Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) akan datang ini. Sebelum ini terdapat desakan supaya Pas menggunakan lambang bulan berbanding PN di negeri-negeri yang dikuasai Pas. Beliau yang juga Menteri Besar Kedah turut meletakkan sasaran untuk menang di kesemua 15 kerusi yang…

Read More

72 calon PKR di Semenanjung

PARTI Keadilan Rakyat malam ini mengumumkan senarai calon yang meliputi 72 kawasan Parlimen akan mewakili parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15. Mereka terdiri daripada Johor (11), Kedah (9), Kelantan (6), Melaka (2), Negeri Sembilan (3), Pahang (7), Pulau Pinang (4), Perak (8), Perlis (2), Selangor (11), Terengganu (4), Wilayah Persekutuan (6). Bagaimanapun senarai itu tidak termasuk calon di Sabah dan Sarawak.. Berikut senarai calon. GAMBAR : Membawa cabaran di ‘kerusi pengkhianat’ PKR..Atas dari kiri Amirudin Shari (Gombak), Dr Wan Azizah Wan Ismail (Bandar Tun Razak), Rodziah Ismail (Ampang) dan…

Read More

Calon PRU15 : Pengorbanan perlu dilakukan

AMPANG JAYA 28 Okt. – Pimpinan PKR terpaksa melalui proses yang rumit dan melelahkan untuk memilih calon terbaik bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (RM15), kata Presiden PKR, Anwar Ibrahim. Katanya lagi, dalam proses itu, beberapa nama yang sudah memberi sumbangan terpaksa digugurkan tetapi demikianlah hukum alam dan perjuangan yang mesti ada peralihan kuasa, regenerasi, “Pengorbanan perlu dilakukan dan mana-mana individu yang tidak terpilih, diharap dapat terus berpegang kepada ikrar mereka untuk membela nasib rakyat,” katanya pada Majlis Pengumuman Calon PKR di Ampang Jaya malam ini. “Jumlah calon yang layak…

Read More

MB Selangor sah ke Gombak, Wan Azizah pindah

KUALA LUMPUR 28 Okt. –  Naib Presiden PKR, Datuk Seri Amirudin Shari sah bakal bertanding di Parlimen Gombak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kerusi yang disandang oleh bekas Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali. Menteri Besar Selangor itu dijangka berhadapan dengan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu yang dilaporkan mahu mempertahankan kerusi berkenaan pada PRU15. Amirudin adalah antara 72 nama yang dicalonkan mewakili PKR dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) yang terdiri daripada pelbagai latar belakang profesion. Mohamed Azmin menjadi ahli Parlimen Gombak selama tiga penggal melaluitiket PKR tetapi bertindak…

Read More