Pelan B jika PN dilarang guna nama, logo

AYER KEROH 11 Okt. – Perikatan Nasional (PN) bersedia dengan pelan alternatif bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRN) Melaka sekiranya keputusan mahkamah berhubung penggunaan nama dan logo tidak memihak kepada PN.

Setiausaha Agung Wawasan, Saifuddin Abdullah berkata permohonan rasmi sudah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi membolehkan PN terus menggunakan nama dan logo rasminya pada pilihan raya berkenaan.

Menurutnya, keputusan awal mahkamah berhubung perkara itu dijangka diketahui 13 Oktober ini, namun pihaknya tetap bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

“Kita turut menyediakan pelan B sekiranya keputusan mahkamah tidak memihak kepada PN. Ini bagi memastikan usaha mewakili suara rakyat di Dewan Undangan Negeri Melaka dapat diteruskan tanpa mengira keputusan mahkamah,” katanya selepas perbincangan meja bulat Wawasan Baharu Melaka di Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Perbincangan meja bulat berkenaan bagi merangka gagasan Wawasan Baharu Melaka yang bakal dijadikan asas kepada manifesto pilihan raya.yang akan merangkumi perancangan berkaitan masa depan negeri serta kehidupan rakyat Melaka.

Turut hadir, Naib Presiden Wawasan merangkap bekas Ketua Menteri Melaka, Rahim Tamby Chik.

Saifuddin berkata PN menerima notis daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang meminta penjelasan dalam tempoh 30 hari berhubung mengapa pendaftarannya tidak sepatutnya dibatalkan.

Bagaimanapun, pada 23 September lalu, iaitu tarikh DUN Melaka dibubarkan, pihaknya turut menerima surat daripada RoS yang memaklumkan penggantungan PN.

Katanya, turut mempersoalkan kebetulan masa notis dan surat arahan berkenaan dikeluarkan yang menurutnya berlaku serentak dengan tarikh penting berkaitan pilihan raya Melaka.

“Jadi, kebetulan itu agak tersusun sehingga kita bertanya apakah ada ‘tangan-tangan ghaib’ yang menyebabkan notis dan arahan RoS keluar serentak dengan tarikh penting untuk Negeri Melaka,” katanya.

Nnn

Related posts

Leave a Comment