Kes harian Covid-19 meningkat

PUTRAJAYA 29 Okt. – Jumlah kes jangkitan Covid-19 menunjukkan peningkatan dengan merekodkan 3,296 kes baharu yang dilaporkan semalam berbanding 2,762 direkodkan pada hari sebelumnya.

Menurut laman KKNOW, sebanyak 3,286 adalah kes tempatan manakala 10 kes import menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,855,390 dengan jumlah kes import 38,343.

Jumlah kes aktif pula meningkat sebanyak 1,335 menjadikan jumlah keseluruhan 30,055 di mana 28,721 atau 95.6 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan 1,276 mendapatkan rawatan di hospital.

Daripada jumlah kes di hospital, sebanyak 35 kes atau 0.1 peratus ditempatkan di ICU yang memerlukan alat bantuan pernafasan dan 23 kes lagi ataun0.1 peratus tidak memerlukan alat bantuan pernafasan.

Satu kes kematian direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 36,463 orang meninggal dunia manakala 1,960 kes dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4,827,215 orang.

Sementara itu, Selangor mencatatkan kes harian tertinggi dengan merekodkan 1,302 diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 813, Perak 247, Sabah 162, Negeri Sembilan 151 dan Pulau Pinang 140.

Kes terendah direkodkan di Wilayah Persekutuan Labuan iaitu empat kes, Perlis (8), Terengganu (22), Wilayah Persekutuan Putrajaya (35), Johor (53), Kedah (59), Sarawak (63), Pahang (68), Kelantan (82) dan Melaka (87).

Related posts

Leave a Comment