11.4 juta lengkapi dua dos

PUTRAJAYA 18 Ogos – Hampir 29 juta dos vaksin sudah diberikan apabila 525,111 dos lagi direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 28,837,742.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) sebanyak 184,972 dos pertama dan 340,139 dos kedua diberikan semalam.

Setakat ini jumlah penerima dos pertama adalah 17,437,286 orang manakala 11,400,456 orang menerima dos kedua.

Menurut JKJAV, 53.4 peratus daripada jumlah populasi negara mendapat dos pertama manakala 34.9 peratus melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19.

Selangor merekodkan jumlah harian dos tertinggi dengan lebih 11,000 dos bagi dos pertama dan lebih 85,000 dos kedua.

Ini diikuti Johor, dengan lebih 33,000 dos pertama manakala dos kedua pula melebihi 39,000.Sabah pula dengan lebih 30,000 dos pertama diberi manakala dos kedua melebihi 28,000.

Related posts

Leave a Comment