PSM batal kerjasama dengan PH

KUALA LUMPUR 30 Okt. – Selepas permintaan bertanding di kerusi Parlimen Sungai Siput ditolak, Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengambil ketetapan membatalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Timbalan Pengerusi PSM, S. Arutchelvan berkata dalam dua mesyuarat bersama  PH, PSM meminta supaya Pengerusi parti Dr Michael Jeyakumar Devaraj, yang juga bekas Ahli Parlimen Sungai Siput dibenarkan bertanding di kerusi tersebut. “Memandangkan satu kerusi pun tidak diberikan, kami faham bahawa PH tidak berhajat untuk menjalin pakatan pilihan raya dengan PSM. “Kami kesal kerana perkara ini lewat dimaklumkan…

Read More

Wanita Melayu DAP cuba tembusi kubu UMNO

JOHOR BAHRU 30 Okt. – DAP terus cuba menembusi kubu UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dengan meletakkan calon Melayu, seorang wanita muka baharu Fatin Zulaikha Zaidi, 29 yang akan bertanding di kawasan Parlimen Mersing. Setiausaha Agung Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook ketika mengumumkan demikian berkata, Fatin adalah wanita Melayu ketiga dicalonkan selepas Young Syefura Othman atau Rara (Bentong) dan Syerleena Abdul Rashid (Bukit Bendera). “Syabas atas keberanian Fatin untuk bertanding di kubu kuat Barisan Nasional (BN) dan UMNO,” katanya ketika mengumumkan calon DAP bertanding di Johor, serentak…

Read More

PRU15 : Amanah gugur empat penyandang

KUALA LUMPUR 30 Okt. – Amanah menggugurkan empat penyandang kerusi Parlimen penggal yang lalu dan mengekalkan pimpinan utama parti diketuai Presidennya, Mohamad Sabu yang akan mempertahankan kerusi Kota Raja. Timbalannya Salehuddin Ayub kekal di kerusi Parlimen Pulai, Naib-naib Presiden, Mahfuz Omar (Pokok Sena) dan Mujahid Yusof (Parit Buntar); Setiausaha Agung, Hatta Ramli (Lumut), dan Pengarah Komunikasi, Khalid Samad berpindah ke Parlimen Titiwangsa. Bagaimanapun seorang lagi Naib Presiden, Hasanuddin Mohd Yunos (Hulu Langat) digugurkan bersama tiga lagi penyandang iaitu Hanipa Maidin (Sepang), Mohd Anuar Tahir (Temerloh) dan Dr Hasan Bahrom (Tampin).…

Read More

Tapah bukan untuk calon MUDA

IPOH 30 Okt. – Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jong akan ditandingi calon DAP bukan Amanah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), manakala kerusi Parlimen Tapah pula akan ditandingi calon PKR bukan MUDA. Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan keputusan itu dibuat hasil perbincangan antara pimpinan tertinggi PH, semalam. Menurutnya, antara yang hadir dalam rundingan itu ialah beliau sendiri, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli; Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke; Setiausaha Organisasi Kebangsaan Steven Sim; Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung Amanah, Datuk Hatta Ramli. Berikutan itu,…

Read More

DAP di Jerai: Phahrolrazi tidak berseorangan.

GURUN 30 Okt. – Bekas Pengerusi Amanah Kedah,  Phahrolrazi Mohd Zawawi menegaskan beliau tidak berseorangan dalam menghadapi isu pemecatannya berhubung bantahan pencalonan calon DAP di Parlimen Jerai. Justeru beliau mengingatkan pemimpin parti berkenaan dan Pakatan Harapan (PH) tidak memandang rendah terhadap dirinya. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Mengkudu itu, beliau sebelum ini menyertai Amanah secara berkumpulan dan mempunyai ‘kabilah’ sendiri menerusi Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA). Katanya, pemecatan berkenaan juga memungkinkan bilangan ahli Amanah di negeri itu semakin kecil, malah turut akan memberikan kesan terhadap parti berkenaan di…

Read More

Naib Presiden Bersatu keluar parti

AYER KEROH 30 Okt. – Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Mohd Rafiq Naizamohideen hari ini mengumumkan keluar parti komponen Perikatan Nasional (PN) itu berkuat kuasa serta-merta. Beliau berkata, peletakan jawatan itu susulan tidak dicalonkan parti di kerusi Parlimen Tangga Batu pada Pilihan Raya Umum (PRU-15) akan datang walaupun sudah dijanjikan oleh pucuk pimpinan sebelum ini. Menurut Mohd Rafiq, beliau sebaliknya diberi peluang untuk bertanding di beberapa kawasan alternatif termasuk di Bagan Datuk, kawasan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi. Katanya, surat rasmi berhubung peletakan jawatannya juga telah diserahkan kepada…

Read More

Mutalib MUDA dijangka berdepan Saravanan

TAPAH 30 Okt. – Seorang lagi anak muda MUDA dijangka mencabar calon pilihan raya bertaraf menteri apabila parti itu mengumumkan akan mempertaruhkan Pengerusi MUDA Perak, Mutalib Uthman untuk bertanding di kerusi Parlimen Tapah. Mutalib dalam kenyataannya berkata, keputusan itu dibuat hasil rundingan kerjasama politik di antara MUDA dan Pakatan Harapan (PH). Menurutnya, keputusan itu juga dibuat susulan kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mengenai status kerusi  Parlimen Tapah dan Sungai Siput di Perak serta Sembrong di Johor. Untuk rekod, Parlimen Tapah merupakan kerusi luar bandar dan adalah…

Read More

Amanah pecat Pengerusi Kedah

ALOR SETAR 30 Okt. – Parti Amanah hari ini memecat keahlian Pengerusi Amanah Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi, berkuatkuasa serta merta kerana didapati melanggar perlembagaan parti. Setiausaha Agungnya, Dr Mohd Hatta Md Ramli, berkata Phahrolrazi mengingkari keputusan dan melakukan perbuatan yang bertentangan dengan kepentingan parti. Beliau berkata, pemecatan dibuat berasaskan peruntukan kuasa di bawah Fasal 6.2(b), Jawatankuasa Pengurusan Nasional Parti Amanah Negara yang bermesyuarat pada hari ini. “Phahrolrazi didapati melanggar perlembagaan parti, mengingkari keputusan-keputusan parti dan melakukan perbuatan yang bertentangan dengan kepentingan parti. “Sehubungan itu, Datuk Dr Ismail Salleh, Timbalan…

Read More

Dr. Mahathir mula langkah Bersatu keluar PH

KUALA LUMPUR 30 Okt. – Gerakan membawa keluar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) daripada Pakatan Harapan (PH) pada 2020, dimulakan sendiri oleh bekas Pengerusinya, Dr Mahathir Mohamad. Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin mendakwa Dr Mahathir membuat pusingan U di saat akhir, apabila Majlis Presiden PH dalam mesyuarat pada 21 Februari 2020 mengambil keputusan terus menyokong beliau sebagai Perdana Menteri. Katanya , usaha membawa keluar Bersatu itu digerakkan susulan tindakan beberapa pihak dalam PH yang mendesak Dr Mahathir berundur bagi memberi laluan kepada Presiden PKR,  Anwar Ibrahim, dilantik sebagai Perdana Menteri Kelapan.…

Read More

BN bukan musuh Pas

KOTA BHARU 30 Okt. – Barisan Nasional (BN) bukan musuh Pas walaupun tidak bekerjasama pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Setiausaha Agungnya, Takiyuddin Hassan. Sebaliknya, pihak yang berasakan musuh mereka sama ada Pas dan BN adalah Pakatan Harapan (PH). “Kita tidak bermusuh, namun ini satu amalan demokrasi di mana kita ‘bermain di padang sama rata’. “Jika kawasan tertentu dimenangi BN tidak mengapa, asalkan tidak jatuh kepada PH. Kita memang tidak bermusuh kerana kita kekalkan konsep penyatuan ummah. Amalan konsep penyatuan ummah walaupun tidak berkawan rapat, namun tidak bermusuh sama…

Read More