BN bukan musuh Pas

KOTA BHARU 30 Okt. – Barisan Nasional (BN) bukan musuh Pas walaupun tidak bekerjasama pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Setiausaha Agungnya, Takiyuddin Hassan.

Sebaliknya, pihak yang berasakan musuh mereka sama ada Pas dan BN adalah Pakatan Harapan (PH).

“Kita tidak bermusuh, namun ini satu amalan demokrasi di mana kita ‘bermain di padang sama rata’.

“Jika kawasan tertentu dimenangi BN tidak mengapa, asalkan tidak jatuh kepada PH. Kita memang tidak bermusuh kerana kita kekalkan konsep penyatuan ummah.

Amalan konsep penyatuan ummah walaupun tidak berkawan rapat, namun tidak bermusuh sama sekali,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan pengamal media di Kelantan, di sini, hari ini.

Takiyuddin berkata, ada perkara-perkara tertentu yang menyebabkan Pas terpaksa membuat pilihan untuk PRU15.

“Presiden, Tan Sri Abdul Hadi Awang sudah jelaskan penyatuan ummah perlu merangkumi parti Melayu Islam. Kita menyeru dan mengajak serta memohon kepada rakan kita UMNO supaya bergabung.

“Ini kerana orang sudah melihat sejak Mac 2020 apabila kita berjaya membentuk kerajaan bersama,” katanya.

Related posts

Leave a Comment