Undi 5 juta pemilih baharu penting

BERA 27 Okt. –  Jentera Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya tidak mengabaikan kuasa mengundi hampir lima juta pemilih baharu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Naib Presiden UMNO, Ismail Sabri Yaakob berkata, kebanyakan daripada mereka terdiri daripada pengundi tidak berparti dan kumpulan pengundi muda, justeru libat urus bersama mereka perlu dipertingkatkan supaya mereka menyokong BN. Bercakap di hadapan kira-kira 6,000 penyokong BN, di sini,,  beliau menyifatkan, undi kumpulan itu sebagai amat penting dan tanpa sokongan mereka, sukar untuk BN menguasai kerajaan semula. “Sebab itu, saya harap kita semua sama-sama bekerja…

Read More

GTA umum lapan calon Pejuang

PUTRAJAYA: Gerakan Tanah Air (GTA) hari ini mengumumkan lapan calon dari Parti Pejuang Tanah air (Pejuang) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November ini. Pengerusi Penaja GTA, Dr Mahathir Mohamad, berkata selain beliau yang akan mempertahankan kerusi Langkawi, turut mempertahankan kerusi masing-masing adalah Mukhriz Mahathir di Jerlun dan Amiruddin Hamzah di Kubang Pasu. GTA juga meletakkan Ketua Pejuanita, Che Asmah Ibrahim di Sepang; Mior Nor Haidir Suhaimi di Tapah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Harumaini Omar  di Hulu Selangor; ADUN Jeram Mohd Shaid…

Read More

2,616,575 pengundi berdaftar di Johor

JOHOR BAHRU 28 Okt. – Daftar pemilih yang baharu menunjukkan terdapat seramai 2,616,575 pengundi berdaftar yang layak mengundi di seluruh Johor pada Pilihan Raya Umum ke -15 (PRU-15) nanti. Jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, ia membabitkan pertambahan seramai 18,727 pengundi berbanding Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lalu. “Daripada jumlah itu seramai 2,593,562 adalah pengundi biasa yang boleh mengundi pada hari pengundian pada 19 November. Selain itu, undi awal pada 15 November akan membabitkan 22,689 pengundi dan 324 lagi adalah undi luar negara,” katanya pada Taklimat SPR Bersama Media Johor…

Read More

Warga Felda istimewa kepada kerajaan

BERA 27 Okt. – Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, berkata warga Felda  termasuk generasi kedua tanah rancangan berkenaan sentiasa istimewa dengan pelbagai insentif yang diberikan sejak awal penubuhan tanah rancangan itu lagi, Beliau berkata, pelbagai insentif itu mencerminkan betapa istimewanya warga Felda kepada kerajaan dan mereka akan terus  ‘dijaga’ . “Walaupun beberapa ketika Felda mungkin hadapi pelbagai masalah dalaman, warga peneroka tak dilupakan begitu sahaja,” katanya pada program Himpunan Keluarga FELDA, Teguh Bersama di Felda Mayam. di sini, hari ini. Turut hadir, Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail dan…

Read More

STF : Tommy Thomas fail saman pemula

KUALA LUMPUR 27 Okt. – Bekas Peguam Negara, Tommy Thomas hari ini memfailkan saman pemula terhadap kerajaan dengan memohon perisytiharan bahawa laporan bertajuk ‘Laporan Pasukan Petugas Khas – Siasatan Ke Atas Dakwaan-Dakwaan Dalam Buku Bertajuk “My Story: Justice In The Wilderness‘ adalah dokumen tidak sah dan bertentangan undang-undang. Tommy yang memfailkan saman itu hari ini melalui firma guaman Tetuan Tommy Thomas, menamakan pengerusi dan ahli Pasukan Petugas Khas (STF) terbabit serta Kerajaan Malaysia selaku defendan. Mereka adalah Pengerusi JC Fong dan ahlinya Hashim Paijan, Dr Junaidah Kamarruddin, Jagjit Singh Bant…

Read More

“Kawan-kawan BN tunggu dulu”

ALOR SETAR 27 Okt. – Barisan Nasional (BN) perlu memuktamadkan senarai calonnya terlebih dulu sebelum membuat keputusan menyerahkan kerusi tertentu kepada parti gabungan (Friends of BN). Naib Presiden UMNO, Mahdzir Khalid, berkata BN yang merangkumi UMNO, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dijangka memuktamadkan senarai akhir calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat. Beliau berkata, hanya selepas semua urusan berkenaan selesai, keputusan sama ada menyerahkan kerusi bagi ditandingi parti gabungan dapat diputuskan dan diluluskan Pengerusi BN, Dr Ahmad Zahid Hamidi. “BN ada empat parti komponen dan…

Read More

‘Dendrobium Queen Azizah of Malaysia’

SINGAPURA 27 Okt. – Satu spesies orkid hibrid dinamakan sebagai ‘Dendrobium Queen Azizah of Malaysia’ bersempena dengan nama Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Penamaan bunga itu berlangsung bersempena lawatan negara Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah ke Singapura yang bermula semalam hingga 28 Oktober ini. Seri Paduka berdua dipersembahkan nama baharu orkid itu pada Majlis Penamaan Orkid di Istana, Orchard Road, di sini semalam, dengan turut dihadiri Presiden Singapura Halimah Yacob dan suami Mohammed Abdullah Alhabshee. Turut berangkat adalah anakanda…

Read More

Dr Wan Azizah turun lawat ‘kawasan baharu’

KUALA LUMPUR 27 Okt. – Pengerusi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Wan Azizah yang disebut-sebut berpindah ke Parlimen Bandar Tun Razak turun menyantuni  orang ramai di Medan Selera Desa Tun Razak, di sini hari ini. Baru-baru ini, PKR dilapor bakal menamakan Dr Wan Azizah yang juga bekas Presiden PKR sebagai calon di kerusi Parlimen Bandar Tun Razak. Difahamkan, Dr Wan Azizah akan meninggalkan Parlimen Pandan pada PRU15 bagi memberi laluan kepada Timbalan Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli untuk kembali bertanding di kerusi tersebut. Ditanya berkenaan pencalonannya di kerusi tersebut…

Read More

“Saya terkeliru dengan berita itu”

KOTA BHARU 27 Okt. – Satu jenaka apabila ahli parti lain diisytihar bertanding oleh presiden parti lain. Itu pandangan Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan berhubung pengumuman Presiden PKR, Anwar Ibrahim yang memaklumkan penyertaan ahli Amanah, Nik Omar Nik Abdul Aziz bertanding atas tiket PKR semalam. “Saya pun terkeliru dengan berita itu, saya tahu dia parti Amanah tapi diisytiharkan oleh Presiden PKR untuk bertanding di tempat-tempat tertentu luar Kelantan. “Jadi ianya satu jenaka politik, orang parti lain, presiden parti lain isytihar, jadi satu ‘joke’, apa alasan itu bukan isu pada Pas sebab…

Read More

Percaturan muka lama, baharu, Melayu DAP

MENJELANG hari penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), DAP terus melakukan percaturan calon-calonnya dalam misi menawan Putrajaya sekali lagi, mengulangi kejayaan 2018 seterusnya membenam Barisan Nasional (BN). Begitu juga PKR yang mula membuka gelanggang dengan menampilkan profesional tertentu bagi ‘memanaskan’ suasana pilihan raya pada musim sejuk dan dingin ini. Percaturan DAP kali ini termasuk menukar pemimpin atau wakil rakyat sebelum ini ke kawasan baharu di samping menurunkan muka-muka baharu atau menonjolkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk bertanding di Parlimen. Beberapa ‘muka lama’ juga digugurkan atau sama ada tidak…

Read More