122 kes baharu di Brunei Darussalam

BANDAR SERI BEGAWAN 21 Ogos – Sebanyak 122 kes baharu direkodkan Brunei Darussalam hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 1,455 orang, kata Menteri Kesihatan Md Isham Jaafar.

Katanya, terdapat pertambahan kes bagi kluster-kluster aktif, , pengesanan satu kluster baharu dan 79 kes masih dalam siasatan bagi mengetahui sumber jangkitan.

Kluster Champion 7 – Platform merekodkan 9 kes ; Kluster Champion 7 – Blue Titanium 2 kes, BSP HQ Cluster (Block M) 8 kes, Kluster IBTE KB 8 kes ; Kluster Chung Hua KB 7 kes dan Kluster 583 sebanyak tujuh kes.

Bercakap pada sidang media situasi Covid-19 petang ini, beliau memberitahu satu kluster baharu dikesan melibatkan empat kes yang dikenali sebagai Kluster 1,385.

Di samping itu dua kes import dilaporkan iaitu melibatkan ketibaan dari United Kingdom dengan penerbangan Singapore Airlines SQ148 pada 6 Ogos dan dari Manila melalui Royal Brunei BI684 pada 8 Ogos.

Sebanyak empat kes dilaporkan sembuh dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 355 manakala 1,096 kes aktif.

Dalam kalangan kes aktif ini, tiga kes dalam keadaan kritikal di mana dua memerlukan bantuan mesin pernafasan dan satu memerlukan bantuan mesin tambahan heart / lung machine (ECMO)

Dalam kalangan kes aktif tersebut, tiga kes dalam keadaan kritikal, dua daripadanya memerlukan bantuan mesin pernafasan (ventilation) dan satu lagi kes memerlukan bantuan mesin tambahan heart / lung machine (ECMO).

Sebanyak 22 kes juga ditempatkan, di Unit Rawatan Intensif bagi pemantauan rapi.

“Dalam tempoh 24 jam, sebanyak 6,521 sampel diuji bagi virus SARS-CoV-2, yang membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020, iaitu 195,607 ujian,” katanya.

Sementara itu langkah-langkah pengawalan yang diperketatkan yang diumumkan pada 7 Ogos lalu dilanjutkan sehingga 4 September ini.

Related posts

Leave a Comment