Radzi Jidin calon WP Putrajaya

PUTRAJAYA 26.Okt. – Desas desus mengenai Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Radzi Jidin bertanding di Putrajaya terjawab malam ini apabila beliau disahkan sebagai calon di kawasan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 November ini. Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yasin, mengumumkan nama Naib Presiden itu pada program Jelajah Prihatin PN di Putrajaya, malam ini. Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata, pengumuman itu menjawab pelbagai khabar angin yang bertiup selama ini. “Calon yang nak kita letak di Putrajaya adalah Datuk Dr Radzi Jidin. Saya umum awal lagi. “Malam ini…

Read More

Sambutan Negara Seri Paduka di Singapura

SINGAPURA 26 Okt. – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini diberikan Sambutan Negara sempena lawatan negara Seri Paduka Baginda ke Singapura selama empat hari bermula semalam. Raja Permaisuri Agong Tunku  Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat mengiringi Al-Sultan Abdullah ke upacara yang diadakan di Istana, Orchard Road di sini. Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda kira-kira pukul 5.30 petang disambut oleh Presiden Singapura Halimah Yacob dan suami, Mohammed Abdullah Alhabshee. Al-Sultan Abdullah menerima tabik Hormat Diraja daripada barisan kawalan kehormat dengan diiringi lagu kebangsaan Malaysia Negaraku…

Read More

“Ayahanda Rani Kulup’ tanding di PD

PORT DICKSON 26 Okt. –  Aktivis, Abdul Rani Kulup Abdullah atau lebih dikenali ‘Ayahanda Rani Kulup’, 67 mengesahkan bakal mempertaruhkan nasib di kerusi Parlimen Port Dickson pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini. Kemunculan sukungnya itu dibuat selepas lebih 20 tahun berjuang membawa suara rakyat melalui platform pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Beliau akan bertanding atas tiket Parti Barisan Penyatuan Nasional (BPN) dan dijangka berdepan Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun yang mewakili Pakatan Harapan (PH) selain pelakon dan pengarah, Ahmad Idham Ahmad Nazri mewakili Gerakan Tanah Air (GTA). “Ayah hendak…

Read More

Digugur DAP, Wong Tack tanding Bebas

KUANTAN 26 Okt. – Beberapa jam selepas namanya tidak disenaraikan DAP, penyandang kerusi Parlimen Bentong, Wong Tack mengumumkan akan bertanding atas tiket Bebas di kawasan berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Pada satu sidang media secara dalam talian, Wong Tack berkata, keputusan bertanding secara Bebas dibuat atas tuntutan tanggungjawab terhadap rakyat selepas beliau tidak termasuk dalam ‘strategi besar’ DAP bagi PRU kali ini. “Saya ingin mengumumkan saya akan mempertahankan kerusi Parlimen Bentong atas tiket rakyat. Seperti diumumkan DAP, nama saya tidak diisi sebagai calon di Parlimen ini untuk PRU15,”…

Read More

Agong terima menghadap PM Singapura

SINGAPURA 26 Okt. – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan empat menterinya, sempena lawatan negara ke republik itu. Turut berangkat ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan dihadiri isteri Perdana Menteri Singapura, Ho Ching. Menteri Singapura yang hadir pada sesi menghadap itu ialah Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan; Menteri Pendidikan, Chan Chun Sing; Menteri Pembangunan Negara, Desmond Lee dan Menteri Pengangkutan, S Iswaran. Keberangkatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong ke…

Read More

UMNO tidak campur urusan pengampunan

KUALA LUMPUR 26 Okt. – UMNO telah membuat ketetapan untuk tidak mencampuri urusan mahkamah mahupun urusan pengampunan diraja terhadap bekas Perdana Menteri Najib Tun Razak, kata Naib Presiden Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata, parti tidak mempunyai sebarang kuasa dalam perkara tersebut dan ia terserah kepada badan kehakiman dan Lembaga Pengampunan untuk penentuan. “Isu pengampunan adalah kuasa Yang di-Pertuan Agong, bukan kuasa parti dan kerajaan konsisten dengan pendirian untuk tidak mencampuri urusan mahkamah, itu jelas dan UMNO juga telah membuat ketetapan hal yang sama. Pembebasan Najib ada dua tindakan yang dilakukan…

Read More

Nik Omar Nik Aziz tanding wakili PKR

PETALING JAYA 26 Okt.-  Bekas Naib Canselor dan anak kepada bekas Mursyidul Am Pas adalah antara tujuh calon daripada kalangan profesional, agamawan dan orang muda mewakili PKR bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Presiden PKR, Anwar Ibrahim yang mengumumkan demikian hari ini berkata, bekas Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA)  Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan akan bertanding atas tiket PH di Pahang. Katanya, bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Nik Omar Nik Aziz akan mewakili PH untuk salah sebuah kerusi Parlimen di Perak. “Al-Fadil Ustaz…

Read More

Rara ke Parlimen, Zulpuri pindah ke Lipis

KUALA LUMPUR 26 Okt. – Tiga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Pahang diberi tangggungjawab untuk bertanding di peringkat Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) termasuk Young Syefura Othman di kawasan Bentong. Young Syefura atau turut dikenali sebagai Rara, sebelum ini mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) Ketari. Beliau dijangka berdepan saingan sengit daripada bekas Presiden MCA, Liow Tiong Lai yang dikatakan mahu merebut semula kerusi panas tersebut selepas tewas kepada bekas Ahli Parlimen Bentong Wong Tack pada 2018. Pada PRU14, Tiong Lai hanya meraih 23,684 undi tewas kepada…

Read More

PH yakin sapu 15 kerusi Parlimen Kedah

POKOK SENA 26 Okt. –  Jika sebelum ini Barisan Nasional (BN) yakin menang sekurang-kurangnya 10 kerusi Parlimen di Kedah, Pakatan Harapan (PH) pula menyasarkan untuk menyapu bersih kesemua 15 kerusi Parlimen di negeri itu. Pengerusi PH Negeri, Mahfuz Omar sasaran itu berdasarkan momentum sokongan rakyat ketika ini selain kemenangan dua pertiga gabungan berkenaan di negeri itu pada pilihan raya umum lepas. “Kita) akan pertahankan (kerusi sedia ada)… kita (juga) akan berusaha untuk pastikan 10 kerusi yang kita menang, kita (masih) menang dan kemudian kita akan pastikan supaya ada pertambahan (di)…

Read More

“Selagi ada hayat saya tidak akan bisu”

PUTRAJAYA 26 Okt. – Bekas Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, akan terus bersuara mengenai salah laku Kerajaan selagi ada hayat walaupun ada usaha supaya beliau menutup mulut. “Mereka boleh cuba, tapi saya mahu ingatkan mereka bahawa selagi ada hayat, saya tidak akan bisu, buta atau tuli apabila melihat kemungkaran yang mereka lakukan,” katanya. Merujuk kes siasatan yang dibuat berhubung buku yang ditulis oleh bekas Peguam Negara Tommy Thomas, beliau tiada halangan jika pihak kerajaan mahu mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak. “Jika dirasa ada asas terhadap tuduhan yang dibuat terhadapnya…

Read More