“Ayahanda Rani Kulup’ tanding di PD

PORT DICKSON 26 Okt. –  Aktivis, Abdul Rani Kulup Abdullah atau lebih dikenali ‘Ayahanda Rani Kulup’, 67 mengesahkan bakal mempertaruhkan nasib di kerusi Parlimen Port Dickson pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Kemunculan sukungnya itu dibuat selepas lebih 20 tahun berjuang membawa suara rakyat melalui platform pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Beliau akan bertanding atas tiket Parti Barisan Penyatuan Nasional (BPN) dan dijangka berdepan Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun yang mewakili Pakatan Harapan (PH) selain pelakon dan pengarah, Ahmad Idham Ahmad Nazri mewakili Gerakan Tanah Air (GTA).

“Ayah hendak bertanding ni untuk rakyat, masyarakat di Port Dickson ini angkat ayah, undi ayah, campak Ayah ke Parlimen untuk mendapatkan kuasa membantu rakyat, asnaf, orang susah yang susah hendak berjumpa dengan orang-orang yang boleh menyelesaikan masaah mereka,” katanya di sini hari ini.

Keputusannya untuk bertanding di Port Dickson juga adalah kerana hasratnya untuk menyelesaikan isu veteran tentera.

Beliau yang berkhidmat dalam tentera selama 22 tahun dengan jawatan terakhir Rejimental Sarjan Mejar di Kementerian Pertahanan difahamkan terdapat kira-kira 80 peratus veteran tentera di Port Dickson.

Kerusi Parlimen Port Dickson sebelum ini dimenangi oleh Presiden PKR, Anwar Ibrahim Dickson menerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen itu dengan 31,016 undi dan majoriti sebanyak 23,560 undi.

Related posts

Leave a Comment