PH yakin sapu 15 kerusi Parlimen Kedah

POKOK SENA 26 Okt. –  Jika sebelum ini Barisan Nasional (BN) yakin menang sekurang-kurangnya 10 kerusi Parlimen di Kedah, Pakatan Harapan (PH) pula menyasarkan untuk menyapu bersih kesemua 15 kerusi Parlimen di negeri itu.

Pengerusi PH Negeri, Mahfuz Omar sasaran itu berdasarkan momentum sokongan rakyat ketika ini selain kemenangan dua pertiga gabungan berkenaan di negeri itu pada pilihan raya umum lepas.

“Kita) akan pertahankan (kerusi sedia ada)… kita (juga) akan berusaha untuk pastikan 10 kerusi yang kita menang, kita (masih) menang dan kemudian kita akan pastikan supaya ada pertambahan (di) kerusi-kerusi yang telah dikenal pasti,

“(Apa) yang penting, kita (telah) gerakkan usaha untuk pastikan 15 kerusi adalah milik Pakatan Harapan,” tegas Mahfuz kepada wartawan selepas menyampaikan bantuan peringkat Parlimen Pokok Sena di Kampung Aman, di sini, hari ini.

Mahfuz yang juga penyandang kerusi Parlimen Pokok Sena berkata,  hasrat PH Kedah ialah untuk meraih kemenangan yang besar di negeri itu.

“Kita (PH Kedah) nak menang, bukan nak menang sikit-sikit, tetapi 15 kerusi (di Kedah, walaupun (Datuk Seri Ahmad) Zahid Hamidi kata Barisan Nasional (BN) yakin menang 10 (kerusi Parlimen)… maknanya mereka (BN) tidak yakin lima kerusi (lagi) akan menang, jadi kami akan gerakkan usaha untuk memenangkan calon Pakatan Harapan di 15 kerusi Parlimen,” jelas Mahfuz.

Baru-baru ini, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN berkata, gabungan berkenaan menyasarkan sekurang-kurangnya 10 kerusi Parlimen di negeri Kedah untuk dimenangi pada PRU15.

Related posts

Leave a Comment