Radzi Jidin calon WP Putrajaya

PUTRAJAYA 26.Okt. – Desas desus mengenai Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Radzi Jidin bertanding di Putrajaya terjawab malam ini apabila beliau disahkan sebagai calon di kawasan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 November ini.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yasin, mengumumkan nama Naib Presiden itu pada program Jelajah Prihatin PN di Putrajaya, malam ini.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata, pengumuman itu menjawab pelbagai khabar angin yang bertiup selama ini.

“Calon yang nak kita letak di Putrajaya adalah Datuk Dr Radzi Jidin. Saya umum awal lagi.

“Malam ini sahih, ini calon kita di Putrajaya,” katanya.

Selain Radzi, turut hadir Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari.

KUALA SELANGOR: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, memberi bayangan meletakkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, sebagai calon kerusi Parlimen Gombak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Menyifatkan Amirudin sebagai Panglima Selangor’, Presiden PKR itu berkata, pihaknya bersedia menghantar Menteri Besar untuk berdepan saingan di kerusi berkenaan.

“Itu kerja Amir (Amirudin) yang nak jaga Gombak. Kita akan hantar panglima utama Selangor untuk berdepan di Gombak, tapi ini bukan pengumuman rasmi, rasmi nanti Jumaat ini.

“Saya dah bocor soalan, saya bincang dengan Amir (Amirudin), dia kata saya ini panglima, saya mampu Insya-Allah pertahankan (untuk PH),” katanya ketika berucap pada Jelajah Mega Harapan Selangor di sini, malam ini.

Penyandang kerusi Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang juga Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, dilaporkan mahu mempertahankan kerusi berkenaan pada PRU15.

Azmin menjadi Ahli Parlimen Gombak selama tiga penggal dan memenanginya atas tiket PKR sebelum keluar parti dan menyertai Bersatu, tahun lalu.

Related posts

Leave a Comment