Tolak ‘nasi tambah’ di luar sana – Ismail

Tolak ‘nasi tambah’ di luar sana – Ismail Sabri BAGAN DATUK 18 Okt. – Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, menegaskan tidak ada perkara yang boleh memecahkan hubungan antara beliau dengan Presiden UMNO,  Ahmad Zahid Hamidi. Beliau menjelaskan bahawa tidak ada sebarang isu atau berlaku perpecahan dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu seperti dakwaan atau tohmahan sesetengah pihak. Naib Presiden UMNO itu berkata, adu domba mengenai perkara berkenaan adalah lebih kepada misi untuk memecahkan mereka, yang akhirnya menguntungkan pihak yang membuat tohmahan terutama menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). “Saya beri…

Read More

Selangor mohon tangguh Belanjawan

SHAH ALAM 17 Okt. – Walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak dibubarkan, kerajaan negeri akan menangguh pembentangan Belanjawan 2023 yang dijadual dibentang pada 28 Oktober ini bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri akan memohon perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk menangguh pembentangan Belanjawan 2023 kepada 25 November. “Kita akan memohon perkenan Tuanku untuk menangguhkan Belanjawan Selangor 2023 ke 25 November sebab kita tak nak terganggu proses (pembentangan),” katanya selepas merasmikan Majlis Penutupan Latihan dan Kursus Selangor Volunteer (SERVE Rescue) di…

Read More

Tok Batin, Penghulu Orang Asli terima RM1,000

TAPAH 17 Okt. – Kerajaan hari ini mengumumkan pemberian sekali beri (one-off) sebanyak RM1,000 kepada Tok Batin atau Penghulu Orang Asli yang melibatkan peruntukan sebanyak RM624,000. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemberian itu sebagai tanda menghargai jasa peranan dan kerja keras mereka dalam memastikan pentadbiran peringkat Kampung Orang Asli berjalan lancar. “Menyedari kepentingan institusi ini, Kerajaan telah memperuntukkan elaun berjumlah RM6.739 juta setahun yang melibatkan seramai 624 orang Tok Batin/Penghulu di seluruh negara,” katanya. Beliau mengumumkan demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Peserta Felcra Berhad…

Read More

Lupus hutang lapuk projek Felcra

TAPAH 17 Okt. – Perdana Menteri,  Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan akan melupuskan kesemua hutang lapuk projek Felcra Berhad membabitkan kos RM233.8 juta sekiranya kerajaan Barisan Nasional (BN) terus mentadbir negara. Katanya, ia membabitkan 323 projek dengan keluasan kawasan seluas 22,173 hektar tanah yang telah dikenal pasti sebagai projek kurang berdaya maju sehingga Disember tahun lepas. Katanya, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira ketidakmampuan peserta untuk melunaskan hutang lapuk lebih 30 tahun yang mengakibatkan hasil rendah dan projek kurang berdaya maju. “Saya sudah dimaklumkan tentang masalah hutang Felcra yang belum…

Read More

Petunjuk peningkatan kes Covid-19

PUTRAJAYA 17 Okt. – Beberapa indikator Covid-19 mula menunjukkan sedikit peningkatan pada Minggu Epidemiologi (ME) 41/2022 berbanding minggu sebelumnya, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata ME 41/2022 atau sepanjang tempoh 9 Oktober hingga Sabtu lalu, Kementerian Kesihatan (KKM) mencatatkan peningkatan 16.7 peratus jumlah kemasukan pesakit Covid-19 dalam kategori tiga hingga lima, manakala tiada perubahan bagi kategori satu hingga dua. Dalam kenyataan hari ini, beliau memberitahu, turut menunjukkan peningkatan adalah bilangan kes baharu Covid-19 yang menjalani pemantauan di rumah iaitu sebanyak 0.25 peratus. “Bilangan kes Covid-19 yang…

Read More

Toe Seng gantung pengeluaran telur

KUALA LUMPUR 17 Okt. – Toe Seng Capital Bhd menggantung pengeluaran telur dari Layer Farm 1, berikutan keputusan Agensi Makanan Singapura (SFA) menarik balik  telur berkenaan di pasaran negara itu disebabkan kehadiran Salmonella Enteritidis. Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Sabtu, Teo Seng berkata, ia juga memberi jaminan bahawa tiada telur dari ladang itu yang dijual untuk pasaran domestik serta eksport. Bagaimanapun tindakan selanjutnya adalah menjalankan siasatan terhadap kejadian itu sebagai langkah berjaga-jaga. “Keselamatan produk sentiasa menjadi keutamaan Teo Seng, semua lokasi ladang pengeluaran kami berjauhan sebagai langkah untuk mengurangkan…

Read More

16 spesies serangga untuk ‘hidangan’

SINGAPURA 17 Okt. – Lebih 10 syarikat di Singapura sudah menyatakan minat mengimport produk makanan serangga atau penternakan serangga, untuk pengambilan manusia selain sebagai makanan haiwan. Menurut Agensi Makanan Singapura (SFA), selepas “penilaian saintifik yang menyeluruh”, ia berkemungkinan membenarkan “spesies serangga tertentu yang pernah diambil oleh manusia” diimport untuk dihidangkan sebagai makanan. Dalam kenyataannya semalam, sebanyak 16 spesies serangga sudahpun dinilai bagi pengambilan manusia, termasuk beberapa jenis cengkerik, belalang, kumbang, cacing, rama-rama, ulat sutera dan lebah madu. SFA menjelaskan, penternakan komersil serangga untuk pengambilan manusia dan sebagai makanan haiwan sudahpun…

Read More

4 juta kanak-kanak terjerumus kemiskinan

PARIS: Empat juta kanak-kanak terjerumus ke dalam kemiskinan di seluruh Eropah Timur dan Asia Tengah berikutan kejatuhan ekonomi dan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, kata Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) hari ini. Menurut UNICEF, pertambahan empat juta kanak-kanak menunjukkan peningkatan sebanyak 19 peratus sejak tahun 2021 di mana kanak-kanak di Rusia dan Ukraine paling terjejas sejak serangan Moscow ke atas jirannya pada Februari lalu. “Russia menyumbang hampir tiga perempat daripada jumlah peningkatan bilangan kanak-kanak yang hidup dalam kemiskinan akibat perang Ukraine dan krisis kos sara hidup di seluruh rantau…

Read More

DUN Perak bubar hari ini

TAPAH 17 Okt. – Selepas ‘tertangguh’ beberapa hari, Perak mengesahkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuatkuasa hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Menteri Besar Perak, Saarani Mohamad, berkata pembubaran DUN itu setelah mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Ini bermakna semua DUN di bawah Barisan Nasional (BN) iaitu Perlis, Pahang dan Perak dibubarkan sementara Melaka dan Johor yang kini dikuasai BN telah mengadakan PRN lebih awal. Tiga negeri dikuasai Pas iaitu Kedah, Terengganu dan Kelantan serta tiga lagi Pulau Pinang, Selangor dan Negeri…

Read More