143 gagal pakai pelitup muka

KUALA LUMPUR 6 Nov. – Seramai 456 individu ditahan atas pelbagai kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam, kata Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob.

Daripada jumlah itu, 455 dikompaun manakala seorang direman di mana 143 melakukan kesalahan tidak memakai pelitup muka, 137 penjarakan fizikal, 77 gagal menyediiakan peralatan/merekod butiran diri dan 29 aktiviti pusat hiburan.

Katanya, pada hari ke 150 Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam menyaksikan 52,730 pemeriksaan dibuat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Operasi Benteng pula  berjaya melakukan tangkapan yang melibatkan 25 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan dua tekong. Turut berjaya dirampas sembilan kenderaan darat.

Seramai 9,312 individu yang pulang dari luar negara sedang menjalani proses kuarantin wajib manakala 384 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan.

Related posts

Leave a Comment