UMNO cari kawasan baharu Khairy

SEREMBAN 16 Okt. – UMNO akan mencari tempat sesuai untuk penyandang kerusi Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Timbalan Presiden, Mohamad Hasan. Beliau berkata Khairy yang juga Menteri Kesihatan merupakan pemimpin muda berkaliber dan baik untuk negara dan UMNO tidak mahu beliau ‘hilang’ begitu sahaja. “Kita cuba cari tempat sesuai untuk beliau untuk bertanding di PRU15,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Rembau, di sini, hari ini. Sementara itu, Khairy yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau dalam ucapan penggulungannya berkata…

Read More

BN sasar menang 112 kerusi Parlimen

SEREMBAN 16 Okt. –  Barisan Nasional (BN) yang akan bergerak solo pada PRU15 menyasarkan memenangi majoriti mudah 112 kerusi sekali gus membentuk Kerajaan Persekutuan, kata Timbalan Pengerusi, Mohamad Hasan. Katanya, ia adalah sasaran minimum gabungan itu selepas kalah pada PRU14 dan jika angka lebih besar daripada itu adalah lebih baik. “Setakat ini kita (BN) belum bercakap soal sasaran kerusi, tapi kita nak menang dan kita mesti mendapatkan atau melepasi 112 kerusi untuk pastikan kita dapat menubuhkan kerajaan pada pilihan raya akan datang. “Itu sasaran kita. Jadi kalau boleh menang banyak…

Read More

BN pertaruhkan 70 peratus muka baharu

BAGAN DATUK 16 Okt. – Barisan Nasional (BN) akan menampilkan 70 peratus muka baharu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Pengerusinya, Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata, mereka yang akan dicalonkan terdiri daripada individu berkaliber, memiliki kelayakan akademik, serta mempunyai komitmen tinggi membantu rakyat. Selain itu katanya, senarai calon BN juga akan menampilkan mereka yang berpengalaman supaya barisan terbaik dapat ditampilkan bagi memastikan kemenangan gabungan itu. “Saya berazam untuk melihat 70 peratus calon adalah muka baharu dan saya juga sedar bukan mudah untuk memilih calon yang tepat. “Saya mahu…

Read More

Ismail Sabri kekal calon PM

BAGAN DATUK 16 Okt. – UMNO masih mengekalkan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) pada April lalu yang menamakan Naib Presiden parti,  Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri, kata Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi. Justeru, Ahmad Zahid menegaskan, dakwaan beliau akan dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya UMNO dan Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) merupakan usaha pihak tertentu untuk memecahbelahkan parti. “Berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan, kuasa melantik Perdana Menteri adalah kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong yang mana pada hemat baginda seseorang Ahli Parlimen itu mempunyai sokongan majoriti Ahli-Ahli…

Read More

Keluar UMNO masuk Bersatu demi rakyat

KUALA TERENGGANU 16 Okt. – Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Rosol Wahid menegaskan keputusannya keluar UMNO pada 2018 dan kemudian menyertai Bersatu, bukan untuk kepentingan peribadi. Penyandang kerusi Parlimen Hulu Terengganu itu berkata, tindakan berkenaan diambil demi rakyat Hulu Terengganu. Memetik laporan BH, Rosol dilaporkan berkata : “Saya keluar parti untuk menjadikan Hulu Terengganu lebih baik berbanding ketika saya berada dalam BN (Barisan Nasional) dan UMNO,”. “Ketika dalam parti (UMNO) itu, saya hanya terima peruntukan RM100,000. Selepas sertai Bersatu, saya terima peruntukan RM3.5 juta untuk membantu…

Read More

BN tumpu sembilan kerusi Parlimen

KOTA BHARU 16 Okt. – Barisan Nasional (BN) Kelantan akan memberi tumpuan kepada sembilan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum (PRU15) walaupun semua 14 kerusi ditandingi, kata Pengerusi UMNO negeri, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub. Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan kawasan Parlimen berkenaan kerana ia strategi parti bagi mengelakkan musuh melakukan sesuatu. “Kita akan letak semua calon di kerusi Parlimen dan DUN (tidak bubar) bagi menentang Pas dan parti lain. Kita akan masuk PRU15 secara solo tanpa kerjasama dengan Pas yang sudah tegaskan pendirian mereka untuk bersama Perikatan Nasional (PN). “Maka dengan…

Read More

Pembantu Menteri keluar Bersatu

KOTA KINABALU 16 Okt. –  Pembantu Menteri kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Wetrom Bahanda dari Bersatu yang keluar parti untuk menyertai Warisan belum mengadakan pertemuan dengan Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandau, itu disahkan keluar Bersatu oleh  Timbalan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah, Masidi Manjun, malam tadi. “Kita tunggu bila sampai waktunya. Dia (Wetrom) pun belum jumpa dengan saya,” kata Shafie ketika ditemui pemberita selepas melancarkan jentera Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Warisan Parlimen Papar, semalam. Menurut laporan media, Wetrom dilihat menghadiri program Parti Warisan…

Read More

Malaysia perlu kerajaan stabil

GUA MUSANG 16 Okt. –  Kerajaan yang lebih kukuh dan stabil diperlukan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi membantu menarik lebih ramai pelabur ke negara ini, kata bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah. Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, adalah sukar untuk menarik pelabur sekiranya kerajaan yang dibentuk dalam keadaan tidak stabil. Katanya, kekurangan pelaburan akhirnya akan memberi kesan kepada ekonomi negara yang secara tidak langsung memberi kesan kepada rakyat. “Susah kita nak tarik pelabur dari luar untuk datang, masalah yang kita khuatir inilah. Kenaikan harga barang-barang, tak ada…

Read More