Operasi UNRWA dalam tekanan

NEW YORK – Operasi dan mandat Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) kini dalam bahaya dengan beroperasi dalam keadaan “tekanan luar biasa”,

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres berkata, hampir 400 kakitangan UNRWA di Gaza terkorban dan ratusan premisnya di Wilayah Palestin yang Diduduki “tidak dapat diakses, mengalami kerosakan teruk atau musnah sepenuhnya”.

“Tindakan ini sama sekali tidak boleh diterima dan bercanggah dengan kewajipan Israel di bawah undang-undang antarabangsa, termasuk Piagam PBB,” katanya. pada mesyuarat tahunan peringkat menteri mengenai operasi agensi itu sempena Minggu Peringkat Tinggi di New York,

UNRWA terus menyediakan perkhidmatan awam penting kepada pelarian Palestin, namun operasi serta mandat yang diberikan Perhimpunan Agung PBB kini “dalam bahaya”.

Hampir dua tahun lepas, Knesset Israel meluluskan undang-undang yang melarang agensi PBB itu beroperasi di wilayah Israel, termasuk Baitulmuqaddis Timur, selain melarang pegawai Israel daripada bekerjasama dengan UNRWA.

PBB itu beroperasi di wilayah Israel, termasuk Baitulmuqaddis Timur, selain melarang pegawai Israel daripada bekerjasama dengan UNRWA.

Hampir dua tahun lepas, Knesset Israel meluluskan undang-undang yang melarang agensi PBB itu beroperasi di wilayah Israel, termasuk Baitulmuqaddis Timur, selain melarang pegawai Israel daripada bekerjasama dengan UNRWA.

NNN

Related posts

Leave a Comment