Malaysia perlu kerajaan stabil

GUA MUSANG 16 Okt. –  Kerajaan yang lebih kukuh dan stabil diperlukan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi membantu menarik lebih ramai pelabur ke negara ini, kata bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah.

Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, adalah sukar untuk menarik pelabur sekiranya kerajaan yang dibentuk dalam keadaan tidak stabil.

Katanya, kekurangan pelaburan akhirnya akan memberi kesan kepada ekonomi negara yang secara tidak langsung memberi kesan kepada rakyat.

“Susah kita nak tarik pelabur dari luar untuk datang, masalah yang kita khuatir inilah. Kenaikan harga barang-barang, tak ada sebab lain kerana daya pengeluaran kita dah turun dan duit ringgit kita pun menjunam jatuh.

“Kita tengok ringgit kita berbanding dengan Amerika Syarikat (AS) RM4.70 satu dolar AS, jadi teruk itu. Bagi orang yang tak berada, yang tidak bergaji tetap, susah nak menyara keluarga. Itu patut dititikberatkan oleh kerajaan.” katanya selepas merasmikan Pertandingan Bola Sepak Piala Ku Li, di sini semalam.

Beliau juga berpandangan UMNO boleh menang dan membentuk kerajaan yang stabil sekiranya parti itu membaiki imej dan kedudukannya.

Related posts

Leave a Comment