Pembantu Menteri keluar Bersatu

KOTA KINABALU 16 Okt. –  Pembantu Menteri kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Wetrom Bahanda dari Bersatu yang keluar parti untuk menyertai Warisan belum mengadakan pertemuan dengan Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandau, itu disahkan keluar Bersatu oleh  Timbalan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah, Masidi Manjun, malam tadi.

“Kita tunggu bila sampai waktunya. Dia (Wetrom) pun belum jumpa dengan saya,” kata Shafie ketika ditemui pemberita selepas melancarkan jentera Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Warisan Parlimen Papar, semalam.

Menurut laporan media, Wetrom dilihat menghadiri program Parti Warisan bersama pemimpin dan penyokong parti pembangkang itu di Matunggong, Kudat, pagi semalam.

Wetrom yang memenangi kerusi DUN Bandau pada PRN-16 Sabah, dikatakan mahu merebut kerusi Parlimen Kota Marudu selepas penyandang yang juga Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Maximus Ongkili, berundur.

Related posts

Leave a Comment