UMNO cari kawasan baharu Khairy

SEREMBAN 16 Okt. – UMNO akan mencari tempat sesuai untuk penyandang kerusi Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Timbalan Presiden, Mohamad Hasan.

Beliau berkata Khairy yang juga Menteri Kesihatan merupakan pemimpin muda berkaliber dan baik untuk negara dan UMNO tidak mahu beliau ‘hilang’ begitu sahaja.

“Kita cuba cari tempat sesuai untuk beliau untuk bertanding di PRU15,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Rembau, di sini, hari ini.

Sementara itu, Khairy yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau dalam ucapan penggulungannya berkata beliau memberi laluan kerusi Parlimen Rembau kepada Mohamad pada PRU15.

“Itu semangat kekeluargaan di Rembau, kami beradat. Alhamdulillah kita akan pastikan jentera di Rembau dipertingkatkan lagi, tiada isu kerusi Rembau lagi,” kata Mohamad yang juga Ketua UMNO Bahagian Rembau.

Related posts

Leave a Comment