Pastikan tiada ‘pengkhianat’ selamat

KUALA  LUMPUR 15 Okt. – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi janjinya bahawa PH akan sedaya upaya memenangi kembali kerusi yang disandang ‘pengkhianat’ parti pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Beliau yang juga Presiden PKR, menegaskan tidak akan membiarkan satu pun kerusi bekas anggota Parlimen PKR yang ‘survive’ . “Kita tunggu lama. Kita dapat sekejap kemudian dirampas pengkhianat-pengkhianat. Pastikan kerusi pengkhianat itu tiada satu pun selamat, kita humban mereka habis,” katanya pada Majlis Pelancaran Iltizam Wanita dan Jentera PRU15 Wanita PH di sini hari ini. Anwar juga…

Read More

Covid-19: Sekatan mungkin dikenakan semula

SINGAPURA 15 Okt. – Singapura tidak menolak kemungkinan mengenakan semula sesetengah sekatan Covid-19 tetapi akan cuba untuk tidak mengganggu kehidupan biasa orang ramai, kata Menteri Kesihatan Ong Ye Kung. Ini berikutan jumlah kes kian meningkat sejak kebelakangan ini yang didorong oleh varian baru Omicron itu serta kes jangkitan semula.  Bercakap pada sidang media kemas kini mengenai gelombang terkini jangkitan varian XBB Covid-19,  Ong berkata, Kementerian Kesihatan (MoH) sedang memantau keadaan dengan teliti. MoH tidak menolak kemungkinan mengenakan semula langkah-langkah pengurusan selamat (SMM) seperti pemakaian pelitup muka dan hidung. Ong menarik…

Read More

Ku Li tidak tolak tanding semula

GUA MUSANG 15 Okt. – Tengku Razaleigh Hamzah tidak menolak jika dicalonkan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Gua Musang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Beliau menyerahkan urusan agihan kerusi kepada parti, walaupun ramai pengundi tidak mahu beliau bersara selain terus mendapat sokongan daripada masyarakat Orang Asli. “Saya serah kepada parti. Di Gua Musang ni setiap tahun tak nak bagi saya bersara terutama sekali Orang Asli, mereka buat keputusan ramai-ramai tak mahu calon lain. “Setiausaha UMNO Bahagian Gua Musang (Ab Aziz Yusoff) kata selagi saya tak ‘gogek’ (selagi boleh bergerak) saya…

Read More

DAP Pulau Pinang akur tidak bubar

BAYAN LEPAS 15 Okt. –  Kerajaan negeri akur dengan keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan (MPPH) tidak membubarkan semua Dewan Undangan Negeri (DUN) diterajui gabungan berkenaan termasuk Pulau Pinang. Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata kerajaan negeri dan kepemimpinan DAP Pusat sudah cuba meyakinkan MPPH mengenai keupayaan menawan semula DUN Pulau Pinang jika dibubarkan serentak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Kon Yeow yang juga Pengerusi DAP Pulau Pinang, menjelaskan sudah memaklumkan perkembangan itu kepada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, selain berharap rakyat dapat memahami keputusan terbabit. Ditanya sama ada kecewa…

Read More

BN perlu jadi dominan di Putrajaya

BERA 15 Okt. – Barisan Nasional (BN) perlu memastikan kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) supaya menjadi dominan di Putrajaya, sekali gus membolehkan keputusan penting dapat dilaksanakan dengan mudah. Perdana Menteri  Ismail Sabri Yaakob berkata,  kemenangan BN ditambah dengan kerjasama rakan-rakan parti dari Sabah dan Sarawak juga, dapat menghilangkan ‘rasa tidak stabil’ selain tidak lagi perlu mengharap ihsan pihak lain. “Ketika ini walaupun saya Perdana Menteri, namun BN dalam kerajaan hanya menyumbang 42 kerusi, tak banyak… betul mereka (pembangkang) setuju dengan saya sebagai Perdana Menteri, namun kita rasa tak…

Read More

Simbol bulan elak kekeliruan pengundi

KOTA BHARU 15 Okt. – Keputusan Pas menggunakan simbol parti itu sendiri di tiga negeri di bawah pentadbirannya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) adalah bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pengundi terutama pengundi veteran. Naib Presiden Pas Mohd Amar Nik Abdullah berkata penggunaan simbol bulan di Kelantan, Terengganu dan Kedah pada PRU15 dibuat mengikut permintaan ahli dan pimpinan negeri terlibat selain mudah diingati. Timbalan Menteri Besar Kelantan itu berkata penggunaan simbol Perikatan Nasional (PN) boleh mengelirukan kerana warnanya hampir sama dengan Barisan Nasional (BN). “Logo PN baharu sangat dan mungkin…

Read More

Tidak bubar satu keputusan sukar

PETALING JAYA 15 Okt. – Keputusan tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang yang ditadbir DAP adalah satu keputusan sukar yang terpaksa diambil, kata Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke. Beliau yang mewakili DAP dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (MPPH) berkata, meskipun terpaksa mengecewakan rakan-rakan di Pulau Pinang, namun keputusan kolektif itu bagi mengelakkan perpecahan dalam gabungan itu. Jelasnya, walaupun pimpinan DAP peringkat negeri dan Ketua Menteri Pulau Pinang meminta negeri itu dibenarkan membubarkan DUN secara berasingan, namun PH berpendapat tumpuan perlu diberikan terhadap persiapan menangani banjir. “Sebagai Setiausaha…

Read More

Hasrat DAP ditolak, DUN Pulau Pinang kekal

PETALING JAYA 15 Okt. – Majlis Presiden Pakatan Harapan (MPPH) memuktamadkan pendirian untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan serentak dengan pembubaran Parlimen pada 10 Oktober lalu. Dengan pengumuman itu, ini bermakna MPPH menolak cadangan DAP untuk mempertimbangkan supaya DUN Pulau Pinang dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan bersama Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Dengan  memberi dua alasan menolak pembubaran,  kenyataan ringkas majlis itu petang ini berkata, kerajaan Negeri PH akan memberi fokus membantu rakyat menghadapi banjir dengan tidak membubarkan DUN. “Pertama, PH…

Read More

Logo, kerusi PH dimuktamad Khamis

PETALING JAYA : Pakatan Harapan (PH) akan memuktamadkan logo dan pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada Konvensyen PH di Ipoh, Khamis ini. Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata konvensyen berkenaan sangat penting sebagai persediaan gabungan itu menghadapi pilihan raya dan akan dipengerusikan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming. “Saya percaya sambutannya akan memberangsangkan dan kita akan putuskan bersama soal logo dan pembahagian kerusi pada sidang itu,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden PH di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya, hari ini. Turut…

Read More

Keabsahan, kestabilan bantu tangani isu ekonomi

KUALA LUMPUR 15 Okt. – Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan memberi peluang kepada rakyat menentukan parti politik atau gabungan yang difikirkan sesuai untuk memimpin serta menjamin keabsahan kerajaan yang dibentuk. Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, PRU-15 juga dapat memastikan kestabilan yang utuh apabila Kerajaan terdiri daripada parti politik atau gabungan yang mempunyai majoriti terbesar di Dewan Rakyat. “Keabsahan dan kestabilan mampu memberikan fokus untuk menangani isu-isu  ekonomi yang melanda Malaysia, tiada rengek bengek politik, perebutan jawatan timbalan perdana dan, menuntut jawatan menteri atau GLC,”…

Read More