Logo, kerusi PH dimuktamad Khamis

PETALING JAYA : Pakatan Harapan (PH) akan memuktamadkan logo dan pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada Konvensyen PH di Ipoh, Khamis ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata konvensyen berkenaan sangat penting sebagai persediaan gabungan itu menghadapi pilihan raya dan akan dipengerusikan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming.

“Saya percaya sambutannya akan memberangsangkan dan kita akan putuskan bersama soal logo dan pembahagian kerusi pada sidang itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden PH di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya, hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

Difahamkan selain logo dan pembahagian kerusi turut menjadi agenda adalah calon Perdana Menteri PH, manifesto, tema dan lagu gabungan tersebut akan diumumkan untuk PRU15.

Related posts

Leave a Comment