PH tentukan status DUN Pulau Pinang

KEPALA BATAS 14 Okt. –   Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) akan menentukan esok (Sabtu) sama ada Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang akan dibubarkan untuk mengadakan pilihan raya negeri, serentak dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Presiden Amanah, Mohamad Sabu, berkata semua pemimpin tertinggi PKR, DAP dan Amanah akan bertemu di Kuala Lumpur pagi esok untuk merungkai beberapa isu sebelum memutuskan permintaan DAP Pulau Pinang untuk membubarkan DUN. “Kita akan bermesyuarat lagi dengan semua kepimpinan tertinggi. Dalam hal ini, ada pelbagai pandangan yang menyebabkan keputusan lambat diperoleh. Biasalah macam…

Read More

Tangguh kerjasama sebab ada ‘keruh’ dalam BN

MARANG 14 Okt. – Pas menangguhkan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) kerana kekeruhan wujud dalam gabungan itu termasuk golongan pemberi rasuah yang belum diselesaikan, kata Presidennya, Abdul Hadi Awang. “Kita tahu penerima rasuah ni ada dituduh, tak bersalah, difitnah macam-macam. Tapi tak selesai lagi. Penerima rasuah masih ada dalam BN,” katanya dalam Kuliah Dhuha secara langsung menerusi Facebook beliau dari Pantai Kelulut, Marang, Di samping itu juga, Abdul Hadi mendakwa, BN juga cuai melaksanakan Islam walaupun sudah memerintah hampir 50 tahun. “Melemahkan Islam. Ini kecuaian dia. Zalim, kita nak laksanakan…

Read More

Telur import Malaysia ditarik balik

SINGAPURA 14 Okt. – Agensi Makanan Singapura (SFA) mengarahkan supaya telur yang diimport dari Teo Seng Layer Farm 1 di Malaysia ditarik balik atau digantung jualannya selepas Salmonella Enteritidis dikesan. Menurut SFA dalam kenyataan media hari ini, telur yang terjejas boleh dikenal pasti melalui kod CEJ027. Salmonella Enteritidis boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan jika makanan itu dimakan tanpa dimasak atau tidak cukup masak. Secara khususnya, BH Fresh Food diarahkan menarik balik telur terjejas itu yang sudahpun diedarkan ke cawangan-cawangan runcit untuk dijual sebagai langkah berwaspada. Lima lagi pengimport juga dimaklumkan…

Read More

UTP universiti swasta terbaik Malaysia

KUALA LUMPUR 14 Okt. – Universiti Teknologi Petronas (UTP) mengekalkan kedudukan di tempat pertama universiti swasta terbaik di Malaysia dan kedua bagi keseluruhan universiti di negara ini di samping keenam dalam kalangan universiti ASEAN. Ini berikutan UTP mencipta kejayaan apabila melonjak kepada band 401-500 daripada band terdahulu 501-600 dalam Time Higher Education (THE) World University Rangkings 2023. Naib Canselor UTP Prof Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib dalam kenyataan berkata, berdasarkan penarafan terkini, UTP telah mencatatkan peningkatan markah yang ketara. “Pengiktirafan daripada THE adalah satu pencapaian yang membanggakan dan kami akan…

Read More

KUIS kini Universiti Islam Antarabangsa Selangor

SHAH ALAM : Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) di Bandar Seri Putra dinaik taraf sebagai Universiti Islam Antarabangsa Selangor (UIS) berkuat kuasa hari ini. Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata naik taraf itu membuktikan universiti itu setanding dengan institusi pengajian tinggi lain. Sambil mengucapkan tahniah, MAIS berharap, UIS akan sentiasa mengekalkan momentum kecemerlangan sebagai sebuah institusi pengajian tinggi dan memaksimumkan penghasilan pelajar cemerlang serta berkualiti dalam bidang profesional dan hebat di sisi agama. “UIS perlu sentiasa mengorak langkah komprehensif serta mengambil peluang…

Read More

PN teliti kerjasama dengan Pejuang

MUAR 14 Okt. – Perikatan Nasional (PN) akan meneliti kerjasama dengan parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), kata Pengerusinya, Muhyiddin Yassin. Beliau berkata pihaknya akan berbincang dalam Majlis Tertinggi (MT) PN untuk mendapatkan panduan dan diperhalusi dengan terperinci dengan mengambil kira suara semua parti komponen. “Sehingga hari ini PN tidak membuat apa-apa lagi keputusan mengenai perkara berkenaan. Ini kerana kita mahu menilai terlebih dulu dan parti dalam PN masing-masing ada pengalaman tersendiri,” katanya selepas Program Solat Jumaat dan Kenduri Rakyat di Masjid Jamek Panchor…

Read More

MB tiada maklumat Najib calon Pekan

KUANTAN 14 Okt. – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang,  Wan Rosdy Wan Ismail belum menerima maklumat lengkap berhubung cadangan UMNO Pekan mencalonkan Najib Razak sebagai calon Parlimen Pekan. “Setakat ini, saya tidak mendapat apa-apa maklumat dan saya akan rujuk kepada SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) dan penasihat undang-undang negeri sekiranya ada pencalonan,” katanya pada sidang media khas, hari ini. Wan Rosdy berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan, Zamri Ramli yang menamakan Najib yang juga bekas Perdana Menteri sebagai antara lima calon diketengahkan untuk Parlimen Pekan pada…

Read More

Projek luas Masjidilharam cecah RM250 bilion

MAKKAH: Projek perluasan Masjidilharam masih diteruskan dengan kos setakat ini melebihi 200 bilion riyal (RM250 bilion). Menurut Menteri Haji dan Umrah, Dr Tawfiq bin Fawzan Al Rabiah pada sidang media di Kaherah, Mesir,  projek perluasan dan pembinaan yang dianggap terbesar dalam sejarah itu tetap akan diteruskan demi keselesaan jemaah haji dan umrah. Petikan kenyataan beliau dalam bentuk infografik disiarkan menerusi akaun rasmi MOHU di Twitter Selasa lalu. Projek perluasan terbaru itu membabitkan penambahan kapasiti Mataf (dataran Tawaf) sebanyak 30,000 lagi jemaah, pemasangan 78 pintu pagar automatik, penambahbaikan sistem bunyi, pembangunan…

Read More

Bulan terus ‘mengambang’ di tiga negeri

MARANG: Walaupun memilih bersama Perikatan Nasional (PN), Pas memutuskan untuk menggunakan logo parti itu sendiri di tiga negeri di bawah pentadbirannya iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Presidennya  Abdul Hadi Awang berkata, Pas terbuka mengenai penggunaan simbol bagi negeri selain Kelantan, Terengganu dan Kedah yang akan dibincangkan di peringkat PN. Pas merupakan salah satu parti komponen dalam PN selain Bersatu, Gerakan, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP). “Terengganu, Kelantan dan Kedah memang Pas kuat (jadi) kita pakai simbol ‘bulan’. Negeri lain…

Read More

PRU15 diteruskan walaupun DUN kekal

JASIN: Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diteruskan walaupun setakat ini lima negeri  enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing. Perdana Menteri  Ismail Sabri Yaakob berkata, semua negeri berhak untuk membubarkan DUN masing-masing pada bila-bila masa. “(Bagaimanapun), saya mencadangkan dan mengesyorkan jika boleh diadakan secara bersama (pembubaran Parlimen dan DUN),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Loji Rawatan Air Kompak Chin Chin 3 di sini hari ini. Semalam, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat memutuskan untuk mengekalkan pendirian tidak membubarkan DUN Kelantan, Terengganu dan Kedah. Ismail Sabri berkata mengadakan pilihan raya berasingan…

Read More