Kerusi Parlimen PJ diisytihar kosong

KUALA LUMPUR 5 Okt. – Kerusi Parlimen Petaling Jaya diisytiharkan kosong selepas penyandangnya, Lee Chean Chung, meletakkan jawatan berkuat kuasa Jumaat lalu.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Md Nor, berkata Chean Chung sudah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul pada tarikh berkenaan.

“Yang Berhormat Ahli Parlimen Petaling Jaya sudah menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Ahli Dewan Rakyat kepada Yang di-Pertua pada Jumaat (2 Oktober).

“Yang di-Pertua Dewan Rakyat juga sudah memaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kekosongan kerusi Parlimen itu mengikut Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Chean Chung merupakan Ahli Parlimen PKR keempat yang mengosongkan kerusi selepas selepas Datuk Seri Rafizi Ramli bagi kerusi Pandan, Nik Nazmi Nik Ahmad di Setiawangsa dan Wong Chen bagi Subang.

Jumaat lalu, bekas Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR itu mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya serta keluar daripada keahlian PKR.

Tiada keperluan untuk mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) berikutan kekosongan berlaku ketika tempoh penggal Parlimen akan berakhir.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, PKR menang 31 kerusi dan susulan pengosongan  yang dilakukan setakat ini, PKR kini mempunyai 27 kerusi manakala UMNO 26.

Nnn

Related posts

Leave a Comment