PH tentukan status DUN Pulau Pinang

KEPALA BATAS 14 Okt. –   Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) akan menentukan esok (Sabtu) sama ada Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang akan dibubarkan untuk mengadakan pilihan raya negeri, serentak dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Presiden Amanah, Mohamad Sabu, berkata semua pemimpin tertinggi PKR, DAP dan Amanah akan bertemu di Kuala Lumpur pagi esok untuk merungkai beberapa isu sebelum memutuskan permintaan DAP Pulau Pinang untuk membubarkan DUN.

“Kita akan bermesyuarat lagi dengan semua kepimpinan tertinggi. Dalam hal ini, ada pelbagai pandangan yang menyebabkan keputusan lambat diperoleh.

Biasalah macam kita kata Pas nak bersama UMNO. Keputusan itu baru dibuat kelmarin, namun UMNO tidak ‘kelapaq’ (tak berminat) sehingga kemudian barulah Pas memilih untuk bersama Bersatu kerana keputusannya sebegitu,” katanya selepas melancarkan Sukaralewan Love Penang sempena PRU-15 malam ini.

Pembubaran DUN Pulau Pinang masih lagi menjadi ‘teka-teki’ kerana kini belum ada pengumuman berhubung keputusan itu.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dilaporkan berkata, DAP Pulau Pinang sudah mencuba sedaya upaya dalam mengemuka hujah terbaik untuk membubarkan DUN termasuk tidak mahu orang ramai mengundi dua kali, selain ingin memudahkan logistik.

Related posts

Leave a Comment