UTP universiti swasta terbaik Malaysia

KUALA LUMPUR 14 Okt. – Universiti Teknologi Petronas (UTP) mengekalkan kedudukan di tempat pertama universiti swasta terbaik di Malaysia dan kedua bagi keseluruhan universiti di negara ini di samping keenam dalam kalangan universiti ASEAN.

Ini berikutan UTP mencipta kejayaan apabila melonjak kepada band 401-500 daripada band terdahulu 501-600 dalam Time Higher Education (THE) World University Rangkings 2023.

Naib Canselor UTP Prof Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib dalam kenyataan berkata, berdasarkan penarafan terkini, UTP telah mencatatkan peningkatan markah yang ketara.

“Pengiktirafan daripada THE adalah satu pencapaian yang membanggakan dan kami akan terus berusaha untuk meningkatkan kedudukan,” katanya.

Beliau berkata penarafan itu adalah sokongan terhadap reputasi UTP sebagai institusi penyelidikan dan pendidikan terkemuka dunia.

“Kejayaan ini mencerminkan komitmen kami untuk memupuk penyelidikan bertaraf dunia, persekitaran pembelajaran dan pengalaman pelajar menyokong matlamat kami untuk menjadi institusi terkemuka yang mampan,” katanya.

Mohamed Ibrahim berkata UTP amat menghargai sokongan tidak berbelah bahagi Petronas dan rakan kongsi universiti terhadap pencapaian tersebut.

Beliau juga berkata UTP akan terus menyokong aktiviti peralihan tenaga Petronas untuk menuju ke arah sifar bersih pelepasan karbon (NZCE) menjelang 2050 sebagai sebahagian daripada aspirasi universiti ke arah keunggulan global.

Related posts

Leave a Comment