Tiada kerjasama dengan ‘pengkhianat’

SEPANG 13 Okt. – Kecoh seketika apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan ‘terbuka’ untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak atau gabungan, asalkan berlandas prinsip tertentu, bukan hanya untuk menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional (BN). Lebih menggemparkan apabila Presiden Pakatah Harapan (PH) pada sidang media petang ini, mengaitkan kerjasama dengan gabungan parti pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad (GTA) dan Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN). Keadaan itu menyebabkan Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil, dalam kenyataan beberapa jam selepas sidang media terbabit menjelaskan bahawa parti itu tidak berhasrat untuk bekerjasama dengan GTA dan PN.…

Read More

Rais keluar Bersatu sertai PKR

PETALING JAYA 13 Okt. –  Bekas pengasas bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)  Rais Hussin Mohamed Ariff dan bekas Naib Ketua UMNO Bera Mohamed Jidi Yaakob hari ini menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Presiden parti, Anwar Ibrahim berkata, penyertaan kedua-dua ahli politik berkenaan, tidak berlandaskan kepada sebarang syarat, termasuk kemungkinan mereka akan menjadi calon pada Pilihan Raya Umum yang akan datang. Beliau berkata, dengan latar belakang Rais sebagai seorang ‘intelektual’, dan Mohamed Jidi sebagai akar umbi, membuktikan PKR adalah parti yang berorientasikan kepelbagaian dan kesejahteraan untuk semua lapisan masyarakat. “Kita…

Read More

Pendirian Pas bersama PN sudah dijangka

KUALA LUMPUR 13 Okt. – UMNO sudah menjangka Pas akan terus bersama dengan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), kata Presidennya Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata, dengan keputusan itu, UMNO bersama Barisan Nasional (BN) akan terus bergerak solo dengan mengekalkan imej parti yang sentiasa berpaksikan kesederhanaan dan mampu menawarkan kestabilan serta kemakmuran kepada rakyat yang berbilang kaum dan agama. “Hakikatnya, UMNO tidak pernah menutup pintu kepada sebarang usaha murni ke arah penyatuan ummah yang berteraskan nilai keikhlasan dan kejujuran,” katanya. Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat hari…

Read More

“Selagi hidup, saya akan terus berjuang”

PUTRAJAYA 13 Okt. – Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA), Dr Mahathir Mohamad percaya perjuangan itu adalah satu ibadah dan umur panjang pula merupakan  peluang untuk terus berjuang demi agama, bangsa dan tanah air. Bekas Perdana Menteri itu berusia 97 tahun itu berkata, sebagai pemimpin, beliau tidak boleh duduk mengarah dan menyuruh orang lain melakukan sesuatu tanpa diri sendiri turut melakukannya. “Jika saya mahu orang lain berjuang menentang kleptokrat dan penyamun-penyamun Negara, saya mesti turut serta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau sedar ada yang mempersoalkan kenapa perlu bertanding lagi…

Read More

Pas beri suntikan semangat kepada PN

KUALA LUMPUR 13 Okt. – Keputusan Pas memberi suntikan semangat kepada Perikatan Nasional (PN) untuk menggerakkan jentera secara lebih tersusun dan bersatu padu, dalam usaha meraih sokongan rakyat. Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Pas memilih PN untuk bersama menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) itu menggambarkan semangat setia kawan dalam kalangan kepemimpinan parti itu. “Saya amat menghargai keputusan Jawatankuasa Pas Pusat untuk memperkukuh kerjasama dalam PN bagi menghadapi PRU-15. “Secara peribadi, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas semangat setia kawan yang ditunjukkan oleh Tan Sri Abdul Hadi Awang, Presiden…

Read More

Tiada permintaan bubar DUN Selangor

SHAH ALAM 13 Okt. – Menteri Besar, Amirudin Shari tidak membuat permohonan untuk pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) ketika menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Selasa lalu. Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Muhamad Munir Bani, berkata terdapat beberapa kenyataan yang kurang tepat di akhbar dan media sosial berhubung keputusan kerajaan negeri untuk tidak membubarkan DUN bagi mengadakan pilihan raya tahun ini. “Sebenarnya pada 11 Oktober lalu, Menteri Besar Selangor tidak membuat permintaan kepada Sultan Selangor untuk membubarkan DUN pada tahun ini dan berhasrat untuk meneruskan pentadbiran kerajaan negeri. “Baginda…

Read More

Ahli MT UMNO letak jawatan Exco Kedah

SUNGAI PETANI 13 Okt. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang, Suraya Yaacob, mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Kedah yang berkuat kuasa serta merta. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air, dan Tenaga negeri mengumumkan peletakan jawatan itu menerusi satu kenyataan media selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini. Suraya yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan Ketua UMNO Bahagian Pendang bagaimanapun tidak menyatakan sebab mengapa beliau bertindak sedemikian. Pas yang menerajui kerajaan negeri melalui mesyuarat hari ini mengesahkan untuk tidak akan…

Read More

Pas tolak UMNO pilih PN

KUALA LUMPUR 13 Okt. – Muafakat Nasional (MN) tinggal memori bagi UMNO dan Pas apabila Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat memilih Perikatan Nasional (PN) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Presiden Pas, Abdul Hadi Awang berkata keputusan itu dibuat atas prinsip penyatuan ummah. Dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat itu, Abdul Hadi berkata, Pas juga mengekalkan pendirian untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Terengganu, dan Kedah. “Mesyuarat juga memuktamadkan  perbincangan kerusi-kerusi di negeri dengan PN dan senarai calon daripada Negeri perlu diangkat untuk penilaian Majlis Syura Ulama,”…

Read More

Ikutkan UMNO, sudah lama bubar

SHAH ALAM 13 Okt. – Perdana Menteri,  Ismail Sabri Yaakob berkata, Parlimen sudah lama dibubarkan bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) jika beliau mengikut pandangan UMNO. Ismail Sabri  menjelaskan , UMNO sudah lama bercakap soal pembubaran Parlimen, sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, cuma menanti masa yang sesuai. “Saya pun belum merancang lagi tarikh yang tepat (ketika itu) tetapi apabila ada isu berkaitan yang saya nampak tidak boleh nak ‘go on’ lagi, jadi saya bubarkan,” katanya. Naib Presiden UMNO itu juga mengulangi kenyataannya bahawa individu yang mendakwa kerajaan gagal…

Read More

Kunjungan kehormat keatas Raja Charles III

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat melakukan kunjungan hormat ke atas Raja Charles III di Istana Buckingham di London, United Kingdom (UK), semalam, Rabu. Istana Negara dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan kunjungan hormat itu bersempena lawatan khas Seri Paduka Baginda berdua ke London, mulai 10 hingga 16 Oktober 2022. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata, kunjungan hormat yang berlangsung selama 40 minit itu bermula pada pukul  3 petang waktu…

Read More