Pendirian Pas bersama PN sudah dijangka

KUALA LUMPUR 13 Okt. – UMNO sudah menjangka Pas akan terus bersama dengan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), kata Presidennya Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, dengan keputusan itu, UMNO bersama Barisan Nasional (BN) akan terus bergerak solo dengan mengekalkan imej parti yang sentiasa berpaksikan kesederhanaan dan mampu menawarkan kestabilan serta kemakmuran kepada rakyat yang berbilang kaum dan agama.

“Hakikatnya, UMNO tidak pernah menutup pintu kepada sebarang usaha murni ke arah penyatuan ummah yang berteraskan nilai keikhlasan dan kejujuran,” katanya.

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat hari ini memutuskan untuk memilih PN bagi menghadapi PRU15.

Pendirian itu diumumkan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang yang menegaskan berkata keputusan itu dibuat atas prinsip penyatuan ummah.

Related posts

Leave a Comment