GYIRONG – Sehingga semalam, sebanyak 31 orang disahkan maut manakala 531 lagi masih hilang selepas gelongsoran lumpur melanda Pelabuhan Gyirong di sempadan China-Nepal di barat daya Wilayah Autonomi Xizang, China.
Dalam kejadian pada 26 Ogos lalu, penyelamat juga menemukan 987 barangan peribadi di kawasan itu.
Dalam pada itu pegawai pusat berkenaan berkata, sehingga Rabu, pemeriksaan di sepanjang laluan penyelamat G216 mengenal pasti 58 lokasi yang berisiko berlaku bencana geologi, kata pegawai pusat berkenaan.
Pihak berkuasa turut menyelesaikan pemeriksaan dan penilaian risiko terhadap potensi bahaya di tiga kampung yang terjejas, memilih lokasi untuk dua pusat perlindungan kecemasan sementara serta membimbing pembinaan kemudahan pemindahan kecemasan.
Gelongsoran lumpur berpunca daripada runtuhan ais dan batu di Nepal yang melanda Pelabuhan Gyirong serta memusnahkan bangunan, bekalan elektrik dan sebahagian lebuh raya G216 yang menuju ke Pelabuhan Gyirong, sekali gus menyukarkan usaha tindak balas kecemasan dan operasi menyelamat.
China mengerahkan helikopter, bot laju dan rakit getah untuk membawa anggota penyelamat ke pelabuhan yang dilanda gelongsoran lumpur di mana pasukan
penyelamat darat mengambil masa 12 jam meredah jalan pergunungan yang curam sebelum tiba di kawasan berkenaan dengan berjalan kaki.
Dilaporkan kira-kira 2,300 anggota penyelamat, lebih 400 kenderaan mencari dan menyelamat, lebih 8,000 set peralatan profesional, lebih 800 penerbangan dron serta 24 penerbangan helikopter dikerahkan ke kawasan itu.
Nnnn
