PH mungkin tolak Bajet 2023?

SUBANG JAYA 2 Okt. – Pakatan Harapan (PH) sedang meneliti kemungkinan untuk menolak Bajet 2023 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat Jumaat ini, kata Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. Kemungkinan itu adalah berikutan tindakan kerajaan yang didakwa tidak telus dalam beberapa perkara penting. “Kita sedang teliti (untuk menyokong atau menolak Bajet 2023). “Kita nak tekankan soal pengurusan kerajaan dan rasuah, projek yang tidak telus seperti masalah pembelian ubat-ubatan termasuk vaksin, kontrak Digital Nasional Berhad (DNB) mengenai 5G yang sampai sekarang belum ada ketelusan,” katanya. Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran buku…

Read More

DAP tanding lebih banyak kerusi di Perak

IPOH 3 Okt. – DAP dijangka bertanding lebih banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak, kebanyakan di kawasan majoriti Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), kata Setiausaha Agungnya, Anthony Loke. Beliau berkata, jumlah kerusi tambahan secara terperinci akan diumumkan bersama selepas mendapat kelulusan daripada Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH). Bercakap pada sidang media selepas Konvensyen Tahunan DAP Negeri Perak di sini, hari ini, beliau berkata, terdapat 24 kerusi Parlimen di Perak yang semuanya masih mempunyai potensi untuk dimenangi pada PRU-15. “Sekarang ini DAP (mempunyai) tujuh kerusi…

Read More

Pulih MN berasas prinsip asal

KUALA LUMPUR 2 Okt. – UMNO mengulangi pendirian sebelum ini bahawa usaha memulihkan Muafakat Nasional (MN) perlu berasaskan prinsip asal yang dimeterai bersama oleh UMNO dan Pas. Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi juga menegaskan, UMNO tidak sesekali dapat menerima mereka yang berterusan melakukan pengkhianatan dan mengambil sikap dengan menjadikan BN sebagai musuh utama mereka. Menerusi satu kenyataan di media sosialnya malam ini, beliau berkata, UMNO tidak pernah memadamkan agenda penyatuan ummah yang menjadi teras MN dan asas kepada kestabilan politik tanah air. “Sebarang usaha memulihkan MN atau apa jua…

Read More

Azmin berdepan kesukaran di Gombak

SUBANG 2 Okt. – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim meminta Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali, supaya memberi perhatian terhadap usaha mempertahankan kerusinya. Ini kerana, kata Anwar, Azmin dilihat bakal berdepan kesukaran untuk kekal di kerusi tersebut dalam Pilihan Raya ke-15 (PRU15) yang akan datang. “Kenapa nak sibuk tentang dia? Dia jaga kawasan dia, tidak mudah bagi dia (untuk mempertahankan kerusi),” katanya ringkas ketika ditemui media selepas majlis pelancaran buku Script: For A Better Malaysia, pada Ahad. Anwar mengulas kenyataan Azmin yang mencabarnya bertanding di Parlimen Gombak pada PRU15. “Ada orang nak…

Read More

“Kalau berani hantar diri sendiri”

SHAH ALAM 2 Okt. – Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN),  Mohamed Azmin Ali, berkata, sesiapa  sahaja boleh menawarkan diri bertanding di kawasan Parlimen Gombak yang kini diwakilinya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Katanya, sama ada beliau bertanding di Gombak atau tidak pada PRU-15, keputusan itu tertakluk kepada keputusan parti. “Saya sudah berkhidmat untuk rakyat Gombak selama tiga penggal termasuk membantu pembangunan kawasan itu dan ia terpulang kepada rakyat,” katanya selepas melancarkan Jentera Pilihan Raya Bersatu Selangor di sini, hari ini. Sebelum itu dalam ucapannya, beliau berkata : “Ada orang nak…

Read More

UMNO tidak berhak minta bubar

SUBANG JAYA 2 Okt . – UMNO yang hanya memiliki 38 daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat tidak berhak memaksa pembubaran Parlimen dilaksanakan mengikut tempoh yang dikehendaki parti itu, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim. Ketua Pembangkang merangkap Presiden PKR itu berkata, hanya Perdana Menteri yang memiliki sokongan majoriti di Parlimen berhak membuat keputusan berhubung pembubaran Parlimen. “UMNO ada 38 Ahli Parlimen. Dalam sistem kita, 38 Ahli Parlimen tidak boleh memaksa keputusan (pembubaran Parlimen). Keputusan itu harus dibuat dengan wewenang Perdana Menteri, sekiranya Perdana Menteri itu mempunyai kekuatan, dan…

Read More

Pas perlu tinggalkan PN, Bersatu

ALOR GAJAH 2 Okt. – Tinggalkan Perikatan Nasional (PN) serta putuskan hubungan politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) jika Pas ingin meneruskan kerjasama dengan UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata, Pas juga perlu mengisytiharkan secara rasmi bahawa parti itu sudah mufarakah (berpisah) sepenuhnya dengan PN dan Bersatu. Pas perlu memenuhi tiga syarat utama itu sebelum sebarang perundingan baharu untuk meneruskan kerjasama menjelang PRU-15. “Semua syarat itu sebenarnya sudah diketahui Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, menerusi satu pertemuan…

Read More

PM hanya boleh bawa hasrat UMNO

UMNO atau Barisan Nasional (BN) bukan lagi seperti dahulu yang menguasai Kabinet atau Jemaah Menteri. Perkongsian dengan Bersatu, Pas serta wakil dari Sabah dan Sarawak menyebabkan kata pemutus bukan lagi di tangan BN. Justeru adakah hasrat UMNO untuk mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-15 akan mendapat sokongan? Harus diingat, daripada 31 anggota Kabinet, BN diwakili 12 orang iaitu UMNO (10) MCA (1), MIC (1) ; Bersatu diwakili 10 tetapi kini tinggal sembilan selepas seorang menyertai PBM, diikuti GPS (4), Pas (3) dan PBS (1). Tajuk muka…

Read More

Deepavali: Tidak sesuai PRU Oktober

IPOH 2 Okt. – Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak sesuai diadakan bulan ini kerana perayaan Deepavali akan berlangsung tidak lama lagi, kata Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke. Katanya, tarikh PRU15 perlu mengambil kira sensitiviti perayaan kaum di negara ini. Justeru, katanya, adalah lebih baik PRU15 diadakan selepas tamat tempoh penggal Parlimen bersama-sama dengan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sekali gus boleh menjimatkan kos. Kalau di akhir penggal, semua terpaksa bubar, tak perlu tanya siapa pun, tidak payah berunding pun sebab kita tinggal beberapa bulan sahaja. “Mengapa kita tak tunggu…

Read More

Rahim Thamby Chik sedia tanding PRU

KUALA LUMPUR 2 Okt. – Veteran politik yang pernah bersama UMNO, Abdul Rahim Thamby Chik memberi bayangan akan membuat kemunculan semula pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sekiranya mendapat restu pucuk pimpinan Bersatu. Bekas Ketua Menteri Melaka itu berkata : “ Saya akan bertanding di (Parlimen) Hang Tuah Jaya, mungkin…kalau jadilah,”. Bercakap kepada Astro AWANI, beliau yang sudah beberapa penggal tidak bertanding tetap yakin dengan peluangnya kerana masih ramai rakyat mengingati jasa beliau terutamanya ketika mentransformasi ekonomi Melaka. Mengenai peluang UMNO, walaupun parti itu kelihatan bersedia untuk berhadapan PRU15, Abdul…

Read More