“Kalau berani hantar diri sendiri”

SHAH ALAM 2 Okt. – Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN),  Mohamed Azmin Ali, berkata, sesiapa  sahaja boleh menawarkan diri bertanding di kawasan Parlimen Gombak yang kini diwakilinya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Katanya, sama ada beliau bertanding di Gombak atau tidak pada PRU-15, keputusan itu tertakluk kepada keputusan parti.

“Saya sudah berkhidmat untuk rakyat Gombak selama tiga penggal termasuk membantu pembangunan kawasan itu dan ia terpulang kepada rakyat,” katanya selepas melancarkan Jentera Pilihan Raya Bersatu Selangor di sini, hari ini.

Sebelum itu dalam ucapannya, beliau berkata : “Ada orang nak datang Gombak, silakan. Nak hantar isteri boleh, anak pun boleh. Kalau berani hantar diri sendiri,”

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebelum ini mendedahkan hasratnya untuk bertanding dan merampas kerusi Parlimen yang disandang oleh ‘pengkhianat’ PKR dan Pakatan Harapan (PH).

Sementara itu, Mohamed Azmi berkata,  PN kini dalam proses melengkapkan rundingan pembahagian kerusi antara komponen parti itu untuk persediaan PRU-15.

Beliau  sudah menyemak perkara itu menerusi mesyuarat dipengerusikannya yang turut dihadiri Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor selaku Pengarah Pilihan Raya Pas; Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu dan wakil daripada Gerakan, dua minggu lalu.

“Perbincangan berjalan lancar atas nama PN dan beberapa kawasan masih dalam perbincangan. Kita ada kaedah bagi melengkapkan proses rundingan.

“Berapa peratus ‘settle’ (selesai), saya tidak pasti tapi kalau pilihan raya esok kita sudah ‘ready’ (sedia),” katanya selepas melancarkan Jentera Pilihan Raya Bersatu Selangor di sini, hari ini.

Mengulas mengenai sama ada beliau bersedia jika ‘bekas majikan’ ingin bertanding di Gombak, Mohamed Azmin berkata, sesiapa saja boleh bertanding di Parlimen itu.

Katanya, sama ada beliau bertanding di Gombak atau tidak pada PRU-15, keputusan itu tertakluk kepada keputusan parti.

“Saya sudah berkhidmat untuk rakyat Gombak selama tiga penggal termasuk membantu pembangunan kawasan itu dan ia terpulang kepada rakyat,” katanya.

Sebelum itu dalam ucapannya, beliau berkata : “Ada orang nak datang Gombak, silakan. Nak hantar isteri boleh, anak pun boleh. Kalau berani hantar diri sendiri,”

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebelum ini mendedahkan hasratnya untuk bertanding dan merampas kerusi Parlimen yang disandang oleh ‘pengkhianat’ PKR dan Pakatan Harapan (PH).

Sementara itu, mengulas pengumuman keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO untuk mengadakan PRU-15 pada tahun ini, Mohamed Azmin berkata, beliau tidak berasa terkejut, malah perkara itu sudah dijangka.

“Tetapi (menetapkan tarikh pembubaran Parlimen dan PRU), ia perlu dibincang dalam Jemaah Menteri kerana perlembagaan jelas menyatakan bahawa Jemaah Menteri akan memberikan nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri pula akan bawa mandat Jemaah Menteri.

“Jadi dalam perbincangan awal kita menyatakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya tumpuan diberikan kepada persiapan kemungkinan berlaku banjir kerana kebajikan dan keselamatan rakyat perlu diberi keutamaan,” katanya.

Related posts

Leave a Comment