PH mungkin tolak Bajet 2023?

SUBANG JAYA 2 Okt. – Pakatan Harapan (PH) sedang meneliti kemungkinan untuk menolak Bajet 2023 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat Jumaat ini, kata Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Kemungkinan itu adalah berikutan tindakan kerajaan yang didakwa tidak telus dalam beberapa perkara penting.

“Kita sedang teliti (untuk menyokong atau menolak Bajet 2023).

“Kita nak tekankan soal pengurusan kerajaan dan rasuah, projek yang tidak telus seperti masalah pembelian ubat-ubatan termasuk vaksin, kontrak Digital Nasional Berhad (DNB) mengenai 5G yang sampai sekarang belum ada ketelusan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran buku SCRIPT – For A Better Malaysia di sini, hari ini.

Berdasarkan MoU Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai 13 September tahun lalu, PH bersetuju untuk menyokong atau berkecuali dalam proses meluluskan apa-apa usul kerajaan atau rang undang-undang (RUU).

Kegagalan usul atau RUU diluluskan akan menjadi satu bentuk ketidakpercayaan atau tiada keyakinan kepada kerajaan.

Syarat itu bagaimanapun tertakluk penunaian dan pelaksanaan transformasi yang dipersetujui dalam MoU berkenaan, selain usul dan RUU yang dibentangkan kerajaan perlu dirunding dan dipersetujui secara bersama antara kedua-dua pihak.

Related posts

Leave a Comment