Deepavali: Tidak sesuai PRU Oktober

IPOH 2 Okt. – Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak sesuai diadakan bulan ini kerana perayaan Deepavali akan berlangsung tidak lama lagi, kata Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.

Katanya, tarikh PRU15 perlu mengambil kira sensitiviti perayaan kaum di negara ini.

Justeru, katanya, adalah lebih baik PRU15 diadakan selepas tamat tempoh penggal Parlimen bersama-sama dengan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sekali gus boleh menjimatkan kos.

Kalau di akhir penggal, semua terpaksa bubar, tak perlu tanya siapa pun, tidak payah berunding pun sebab kita tinggal beberapa bulan sahaja.

“Mengapa kita tak tunggu sampai habis penggal sebab sekarang ini musim tengkujuh. Kalau dia buat pada bulan ini, dia juga tak hormat kepada kaum India,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Perak Kali ke-21 di sini, hari ini.

Related posts

Leave a Comment